AISY menunggu kedatangan Dahlia. Bukan main lama lagi Dahlia nak sampai. Ke manalah agaknya sahabatnya itu pergi setelah meninggalkannya di rumah Datin Fatiha. Aisy berdiri di depan pagar. Hampir sejam juga dia berdiri di situ. Rasa macam nak masuk balik pun ada. Menyesal dia cakap dengan Datin Fatiha yang dia nak tunggu dekat luar.
"Lia, lambat lagi ke?" Dia bermonolog sendirian, sambil tangannya lincah menari di atas papan kekunci telefon.
'Lia, dah nak sampai dah ke?' — Aisy Wardina
'Lama lagi kut? Jalan jammed, Aisy. Kau tunggu tau.' — Dahlia Annisa
'Okey. Bawa kereta elok-elok.' — Aisy Wardina
Penat berdiri, Aisy sabarkan jua hati. Tak lama kemudian, pagar rumah Datin Fatiha terbuka secara automatik. Aisy memandang ke belakang dan dia menyapa mata dengan Farhan.
"Eh Aisy, tak balik lagi? Kenapa tak tunggu kat dalam dulu?" Dia menegur sambil matanya diarahkan ke jalan. Dia tahu Aisy tak suka orang lelaki memandangnya lama-lama.
"Err, tak apalah Encik Farhan. Kejap lagi Dahlia sampailah tu." Aisy terpaksa menolak juga. Tak tahulah. Kekok betul dia dengan Farhan.
Mulanya Farhan diam, tapi lama-kelamaan kedengaran dia memanggil mamanya yang baru muncul di halaman rumah.
"Ma. Aisy tak balik lagi. Suruhlah dia masuk dalam dulu. Kesian dia tunggu kat luar." Farhan bersuara, namun suaranya dapat didengari oleh Aisy.
Aisy tak terkata apa. Baik betul Farhan, katanya dalam hati.
"Lah, kenapa Aisy tak masuk je dulu? Nanti Dahlia sampai ajak dia masuk sekali. Boleh borak dengan dia," ujar Datin Fatiha, ramah sekali.
Aisy sengih. "Tak apa ke? Takut menyusahkan mama pula."
"Ya Allah, Aisy ni... Tak menyusahkan pun. Mari, masuk dalam." Datin Fatiha menarik lengan Aisy. Kasihan pula melihat gadis itu menunggu lama di bawah terik mentari.
Farhan pun masuk ke dalam. Tak jadi terus nak keluar makan dengan Naufal. Fikirnya, dia perlu memikat hati Aisy demi menjayakan misinya. Misi untuk membalas dendam terhadap Fakhri.
"Eh, Han kata nak keluar tadi?" Datin Fatiha menegur anak sulungnya. Hairan bila melihat Farhan mengekori dia dan Aisy ke pintu rumah.
"Erm, kejap lagilah Han keluar." Farhan tak tahu nak beri alasan apa. Dia sengih, menayangkan barisan giginya yang putih bersih.
Datin Fatiha mengerutkan dahi. Lain macam perangai anak sulungnya itu.
Masuk saja ke dalam rumah, laungan azan di telefon pintar milik Aisy berbunyi. Sudah masuk waktu zohor rupanya. Cepat sungguh masa berlalu.
"Mama, Aisy tumpang solat kat sini boleh?" Tanpa teragak-agak soalan itu dilontarkan kepada Datin Fatiha.
"Mestilah boleh. Mari, kita jemaah.. Han jadi imam."
Farhan meneguk liur. Bukan dia tak boleh jadi imam, cuma dia sudah lama tak jadi imam solat. Kekok rasanya nak jadi imam. Masjid pun dia jarang pergi. Pergi pun masa solat Jumaat saja.
"Han boleh kan imamkan mama dengan Aisy solat?"
Aisy memandang wajah Farhan yang kelihatan kaku. Kemudian, dialihkan pandangannya semula.
"Err, boleh boleh." Farhan sengih tepi. Harapnya taklah dia kekok mana masa solat nanti.
"Kita masuk bilik solat. Mari, Aisy."
Aisy turutkan saja. Cuma masa berjalan tu, dia biarkan Farhan pergi dulu. Baru dia menurut dari arah belakang. Bagus betul dia, utamakan kaum lelaki berjalan terlebih dahulu.
![](https://img.wattpad.com/cover/236818742-288-k52324.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Dia
Любовные романыAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...