HARI ini Dahlia yang menjemput Aisy ke kerja. Bukan main bersemangat lagi dia datang awal. Sebabnya, dia lupa nak tanya Aisy sama ada Farhan sudah membayar harga kek atau belum. Seingat Dahlia, tiada pula Farhan menghulurkannya duit kemarin. Takkanlah lelaki itu lupa nak bayar?
"Assalamualaikum. Awal datang," kata Aisy seraya duduk di sebelah Dahlia. Pintu kereta dikatup.
"Waalaikumussalam. Aisy, Farhan dah bayar kek? Dia tak bagi duit pun lepas aku bagi dia kek kelmarin. Ke dia dah bayar dekat kau?" Dahlia menanya bertubi-tubi.
"Eh, Ya Allah... dia tak bayar lagi." Aisy sendiri lupa yang Farhan belum lagi membayar harga kek yang telah ditempah daripadanya.
"Dah tu, chatlah dia." Dahlia tak teragak-agak menyuruh Aisy menghantar pesanan kepada Farhan.
Aisy rasa malu pula nak minta bayaran.
"Erm, nanti-nanti dia ingatlah tu..."
"Kalau dia tak ingat macam mana?" Laju Dahlia menanyakan tentang itu. Usai membaca bismillah, dia mengundurkan keretanya dari pekarangan rumah Aisy.
"Tak apa. Aku halalkan," kata Aisy dengan mudah.
"Hmm, yalah. Aisy, kau tak cerita lagi dekat aku pasal kelmarin. Kau buat apa je dekat rumah Datin Fatiha masa aku pergi kedai?" Dahlia nak tahu tentang itu. Manalah tahu, ada perkara yang Aisy boleh kongsikan padanya.
"Aku borak dengan mama. Lepas tu masa tunggu kau tu, mama suruh aku masuk rumah dulu sebab dekat luar panas. Masa tu pula dah masuk waktu Zohor, so aku pun minta izin mama untuk solat. Mama cakap kita solat sekali. Farhan jadi imam," jelas Aisy secara terperinci.
"Seriuslah? Mamat hensem tu jadi imam?" Dahlia buat muka terkejut. Dia tak sangka Farhan yang mengimamkan solat Aisy dan Datin Fatiha waktu itu.
Aisy angguk.
"Okey ke tak dia jadi imam? Tak kekok?" Dahlia menanya lagi.
"Tak. Bacaan dia pun betul, lancar aje." Aisy memuji bacaan Farhan ketika solat. Memang dia perasan lelaki itu membaca surah dengan lancar dan bertajwid.
"Wah, lain macam je kau puji dia ni! Kau dah syok dekat dia eh?" Ada-ada saja Dahlia.
"Lah, aku puji je pun. Puji tak semestinya suka," sangkal Aisy.
"Ya ke?" Dahlia tak habis-habis mengusik Aisy.
Aisy malas nak melayan Dahlia. Makin dilayan, makin hebohlah dia melemparkan usikan.
"Mungkin kau tak syok dekat dia. Tapi aku rasa, dia yang syok kat kau." Dahlia memberi tanggapannya.
"Tak mungkinlah."
Aisy membuang pandangannya ke tingkap cermin di sebelahnya. Tapi, layanan Farhan sedikit sebanyak membuatkan dia ragu-ragu. Betul ke Farhan sudah menyimpan hati terhadapnya?
"Jangan cakap tak mungkin. Mana tahu nanti, dia bawa family dia pergi meminang kau," kata Dahlia. Pandai benar dia membuat andaian.
"Cakap pasal benda lain boleh?" Aisy tak mahu mengupas tentang isu itu. Lama-lama jadi serabut fikirannya.
"Tak nak. Nak cakap pasal Farhan jugak." Dahlia sengaja nak serabutkan Aisy.
"Dah dahlah tu."
"Yalah, yalah."
Dahlia memakirkan keretanya di sebelah kereta majikan mereka, siapa lagi kalau bukan Dato' Mikail. Saat itu, Dato' Mikail keluar dari kereta.
"Morning bos!" Dahlia menegur sebaik saja Dato' Mikail keluar dari kereta.
![](https://img.wattpad.com/cover/236818742-288-k52324.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...