Bab 49 | Kasihan

3.4K 177 8
                                    

AISY menyabarkan hati. Tipulah kalau dia kata dia tak geram dengan tuduhan yang dilemparkan oleh birasnya tadi. Dia langsung tak bersalah, tapi dirinya yang dipersalahkan. Sehinggakan Fakhri turut sama terpedaya dengan tipu helah Fiya. Mujur saja, Farhan tak percaya.

Sesampainya dia dan Farhan di dalam bilik, Farhan melepaskan keluhan berat. Pintu bilik ditutupnya rapat. Sebenarnya dia pun tak sangka, Fiya tuduh Aisy sampai begitu sekali.

"Awak okey?" Itulah ungkapan yang sering disoalnya.

Aisy angguk perlahan. Cukuplah soalan itu hanya terjawab dengan anggukan.

"Fiya memang melampau. Pandai eh dia berlakon?"

Aisy langsung tak menyangka bahawa Farhan akan memperlekehkan Fiya. Dia ingat, Farhan percaya akan kata-kata dusta wanita itu. Tetapi rupanya, lelaki itu tak percaya langsung. Yang terpedaya cuma Fakhri.

"Next time tak payahlah awak dekat dengan dia." Farhan melarang Aisy untuk dekat dengan Fiya.

"Tadi tu saya nak tolong Fiya masak je.."

"Tak payah tolong. Biar dia buat sendiri," kata Farhan sambil membuka blazer dan melonggarkan tali lehernya.

Aisy hanya diam, menurut kata suaminya tanpa sebarang bantahan.

"Abang," panggilnya. Sebenarnya dia nak tanya tentang sesuatu.

Farhan mengarahkan anak mata ke wajah isterinya.

"Kita.. tak nak pindah rumah ke?"

"Maksud awak, pindah rumah kita berdua?" Farhan mengerutkan dahi. Dia tak nak sebenarnya. Walaupun dia agak benci dengan perangai Fiya, rasa sayangnya pada wanita itu masih lagi subur di dada.

Aisy angguk. Dia memerhatikan wajah Farhan. Lelaki itu menundukkan kepala.

"Tak payahlah kut? Awak tak ingat persetujuan kita hari tu?" Farhan mengingatkan isterinya semula tentang persetujuan mereka di mana kalau dalam masa dua bulan Farhan tak mampu sayang Aisy, dia akan lepaskan Aisy.

Aisy terkelu. Kenapa hakikat itu menyedihkan kala ini? Kala cinta di hatinya hanya buat Farhan seorang, bukan untuk sesiapa lagi.

Lama Aisy berdiam diri. Matanya sudah berkolam dengan air mata. Dalam keadaan menunduk, dia menanyakan soalan.

"Abang yakin yang abang tak mampu sayang Aisy dalam masa dua bulan, kan?" Sebak suaranya.

"Awak tu dah sayang sangat ke dekat saya?" Farhan tak rasa Aisy benar-benar punya hati dengannya.

Aisy diam, lama dia menunduk begitu. Farhan membongkokkan badan ke arah isterinya. Dagu Aisy diangkat agar pandangan mata mereka selari. Farhan nampak air mata yang isterinya bendung.

"Jawab. Kenapa diam?"

"Ya, Aisy dah mula sayang abang. Tapi abang jangan risau, perasaan ni sekejap je." Aisy membiarkan air matanya menghujani pipi.

"Kenapa sekejap je?" Farhan tanya, sambil tangannya mengelus pipi Aisy yang basah dengan air mata.

Aisy macam tak percaya saja dengan perlakuan Farhan.

"Buat apa Aisy nak simpan perasaan ni lama-lama, kalau abang tak ada perasaan yang sama." Terluka hatinya saat mengungkapkan kata-kata itu.

"Saya minta maaf sebab saya tak mampu sayang awak," kata Farhan. Jujur, hanya ada Fiya dalam hatinya saat ini. Hatinya sukar untuk mencintai orang lain.

"Abang tak perlu minta maaf sebab itu hati dan perasaan abang. Nak buat macam mana kalau abang tak ada hati dengan Aisy? Cinta tak boleh dipaksa, ia hadir dengan sendiri." Aisy menurunkan tangan Farhan yang memegang pipinya.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now