AISY memerhatikan wajah Fiya yang semakin kendur dan mendung. Kecewa kerana Farhan sudah tidak terpedaya dengan tohmahannya. Tidak semena-mena Aisy rasa gembira, kerana suaminya menyebelahi pihak yang benar.
"You tak percayakan I dah ke, Han? You lebih percayakan perempuan ni daripada I, maksudnya.. maksudnya you dah sayangkan Aisy? What is this, Farhan? You cakap, you cuma nak I sorang je kan? Then you tak boleh sayang perempuan lain selain I." Fiya memperingati Farhan tentang itu. Dia harap, Farhan terdiam dan menyebelahi dirinya, tapi tanggapannya salah.
"From now on, aku nak tarik balik kata-kata tu." Farhan tak ragu dalam bicaranya.
"Wh-what?" Fiya seakan-akan tak percaya.
"Aku tak nak kau. Aku nak Aisy sorang je." Farhan memeluk bahu isterinya.
Aisy terpanar dengan ungkapan suaminya, namun dia cuba menganggap bahawa Farhan tak berniat pun untuk berkata begitu. Mungkin angkara amarahnya yang tak tertahan, menyebabkan dia melontarkan kata tanpa menapisnya terlebih dahulu.
"Sampai hati you buat I macam ni. You buat I kecewa Han. Seriously, sikit pun you dah tak ada perasaan kat I? Tak mungkin semudah tu you lupakan I." Fiya menitiskan air mata hampa. Farhan sedikitpun tak rasa bersalah melihat wanita itu menangis.
"Aku nak belajar lupakan kau dan aku dah tak nak simpan hati dekat kau lepas ni. Jom, sayang." Farhan pegang erat tangan isterinya, lalu dibawanya pergi dari situ.
Masuk saja dalam bilik, Farhan terus menuju balkoni. Membongkokkan badannya sedikit dan merenung ke arah langit malam.
Aisy tahu Farhan tertekan saat ini. Dia nak tegur suaminya pun tak berani bila melihat wajah Farhan yang begitu serius.
"Erm, abang nak air? Aisy buat." Aisy menguatkan jiwa untuk bersuara.
"Takpe. Tak payah." Farhan jawab tanpa memandang wajah isterinya. Dia tak marahkan Aisy, tapi dia geram dengan Fiya.
"Abang, terima kasih." Teragak-agak Aisy mengucapkan terima kasih kepada suaminya. Farhan terus memandangnya tanpa ragu.
"Kenapa?"
"Terima kasih sebab percayakan Aisy."
"Saya tahu awak tak buat macam tu," kata Farhan bersahaja. Dia kembali merenung langit.
"Han." Fiya muncul di balkoni bilik sebelah. Dia betul-betul tak senang duduk mengenangkan kata-kata Farhan sebentar tadi.
Farhan buat tak endah saja. Malas nak melayan Fiya. Bukannya menenangkan hati, malah makin menyakitkan hati.
"I'm so sorry, Han. I tahu you marah I. I tahu you tak maksudkan pun apa yang you cakap tu kan? Janganlah ikutkan perasaan marah you tu."
Wajah Fiya nampak pucat, mungkin gerun dengan Farhan. Mana taknya, dari tadi wajah lelaki itu serius saja. Tak ada senyuman langsung di bibirnya.
"Lagipun, kenapa you nak marah I sangat ni? You kata you sayang I, Han?" Fiya masih lagi bersuara, tak benarkan Farhan memintas kata-katanya.
Farhan tak kata apa, malah terus masuk ke dalam bilik dan merebahkan diri ke atas katil. Nampak stres betul dia.
"Abang okey?"
Farhan tak menjawab. Dia memicit pelipisnya. Aisy faham keadaan suaminya, dia tak nak bercakap banyak. Dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.
"Patut ke aku lupakan Fiya? Tapi, kenapa susah sangat aku nak lupa dia? Atau sebab aku tak cuba lupakan dia?" Farhan mempersoalkan tentang itu pada dirinya sendiri.
Telefon pintarnya berbunyi berkali-kali, tanda beberapa notifikasi telah masuk. Farhan sudah boleh agak siapa orangnya. Bila diperiksa, ternyata benarlah Fiya yang menghantar mesej kepadanya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
Любовные романыAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...