Bab 15 | Maaf?

2.5K 118 4
                                    

"TAK setuju?" Agak kuat suara Dahlia. Dia terus memerhatikan orang sekeliling di restoran itu. Manalah tahu mata semua orang tertancap padanya. Buat malu betul! Tapi akhirnya, Dahlia buat tak kesah saja. Fikirannya lebih tertumpu pada topik perbualan mereka.

"Ha'ah," jawab Aisy dengan tenang. Pelik betul Dahlia melihat sahabatnya. Kenapa tak ada langsung riak sedih di wajah itu?

"Habis tu, kau okey ke dia tak setuju nak kahwin ngan kau?" Dahlia memperlahankan sedikit suaranya. Dia memegang lengan Aisy dengan wajah bimbang.

"Aku okey je, Lia." Aisy mengukirkan senyuman manis di bibirnya. Dahlia tahu, senyuman itu bukan senyuman palsu. Maknanya, Aisy tak berbohong.

"Kau biar betul, Aisy? Yalah, kau kan ada hati ngan dia..." Dahlia rasa tak gembira langsung dengan berita yang disampaikan oleh sahabatnya itu.

"Tak apa. Aku akan cuba hilangkan perasaan ni," kata Aisy. Dia memandang wajah muram Dahlia. Dia tahu, sahabatnya itu berharap agar dia dapat berkahwin dengan Fakhri.

"Hmm. Kalau ikutkan, kau tak pernah jatuh cinta ngan sesiapa kan sebelum ni? So, kiranya Fakhri ni cinta pertama kau?" Dahlia tahu sahabatnya itu sangat susah untuk jatuh cinta dengan mana-mana lelaki.

Aisy angguk perlahan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Dahlia. Langsung dia tak boleh nafikan.

Dahlia meminum teh lemon aisnya yang sudah menyejuk. Sambil itu, matanya tak lari daripada memandang sahabatnya. Kuat betul Aisy Wardina ini. Dahlia rasa, dia tak sekuat sahabatnya.

"Kuat betul kau, Aisy. Aku rasa kalau aku kat tempat kau. Aku nangis tiap-tiap hari," ujarnya.

Aisy senyum nipis. "Aku yakin, perancangan Allah tu jauh lebih indah daripada perancangan manusia. Mungkin Allah nak temukan aku dengan lelaki yang lebih baik untuk aku."

"Betul. Aku pun yakin sangat, Aisy." Dahlia menepuk perlahan tangan sahabatnya. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar sahabatnya akan bertemu jodoh suatu hari nanti.

Aisy hanya senyum. Dia menghabiskan mi goreng ayam yang dipesannya tadi. Selesai menghabiskannya, dia menunggu Dahlia membuat pembayaran di kaunter. Kali ini, Dahlia pula yang belanja. Mereka berdua tak pernah berkira dalam berbelanja.

"Terima kasih belanja, Lia cantik." Aisy memeluk lengan sahabatnya sesudah Dahlia datang ke arahnya.

"Sama-sama kasih." Dahlia menyengih. Tapi, serta-merta sengihannya memudar saat melihat Fakhri.

"Eh, Aisy. Tu Fakhri kan?"

Saat itu, Fakhri baru keluar dari Mercedes Benz A-Class miliknya. Terus saja mata lelaki itu tertancap pada Aisy. Dia tergamam.

Aisy yang turut melihat lelaki itu, terus buat-buat tak endah. Bukannya merajuk! Tapi, tiada apa-apa yang hendak dikatakan kepada lelaki itu. Baru saja Aisy dan Dahlia mahu berjalan menuju ke kereta, Fakhri menghalang.

"Aisy." Nama itu dipanggilnya.

Tatkala ini, jantung Aisy berdegup laju. Matanya terbeliak dengan sapaan itu. Perlahan-lahan dia mendongakkan wajah, memandang lelaki yang bertubuh tinggi itu.

"Saya nak cakap kejap, boleh?" Fakhri meminta izin terlebih dahulu. Sikapnya yang menghormati wanita itu, membuatkan Aisy sukar untuk memudarkan cintanya terhadap lelaki itu.

"Erm, Aisy.. aku pergi dululah," pamit Dahlia. Dia tak mahu pula kehadirannya membuatkan Fakhri tidak selesa untuk berbual dengan Aisy.

Belum sempat Aisy menghalang, Dahlia terlebih dahulu berjalan pergi meninggalkan mereka berdua. Aisy mula rasa tak selesa.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now