FIYA menghentakkan kakinya kuat sewaktu masuk ke dalam butik. Seperti mahu tercabut saja kasut tumit tinggi yang dipakainya. Hatinya masih sakit dengan peristiwa yang terjadi tempoh hari. Sakit yang amat sangat. Tipulah kalau dia kata dia tak sakit hati dengan apa yang terjadi.
"Hai, Fiya, kang tercabut heels kau tu." Liana melemparkan sindiran. Dia tahu, kawan baiknya sedang bersedih hati dengan apa yang berlaku. Tapi, hari ini dia tidaklah nampak terlalu sedih, tapi terlalu sakit hati dan marah.
Fiya hanya membisukan diri. Dia duduk di sebelah Liana dengan muka tidak puas hati. Dia benci Farhan dan Aisy. Sungguh, dia benci.
"Aku benci dua manusia tu, Liana. Aku benci!"
Fiya menggenggam buku limanya. Dia geram.
"Sabarlah, babe."
Liana mengusap-usap belakang badan kawannya yang satu itu. Takut pula kalau Fiya bertindak luar kawalan.
"Aku akan pastikan diorang berdua takkan bahagia. Tak akan!"
Fiya menghentak meja kaunter di depannya. Dia kalau tak bawa masalah peribadi ke tempat kerja, memang tak sah. Di rumah memberontak, di tempat kerja pun memberontak.
"Hei, apa kau cakap ni? Kau dendam ke apa dengan diorang?"
Liana jadi resah-gelisah. Kalau benarlah kawannya itu berdendam dengan Farhan dan Aisy, dia sesekali takkan masuk campur dan bersekongkol dengan Fiya.
"Yes, aku dendam dengan diorang! Kau ingat lepas apa yang diorang dah buat kat aku, aku nak diam, buat bodoh aje?"
Fiya memandang tepat wajah Liana. Mencerlung tajam matanya. Gayanya seperti hendak menelan Liana saja.
"Tak baik berdendam, Fiya. Islam tak ajar kita berdendam macam ni," pesan Liana.
Dia menyangka Fiya akan termakan dengan pesanannya. Tapi, sangkaannya terpesong.
"Amboi, sejak bila kau jadi ustazah? Tak pernah-pernah kau ceramah aku sebelum ni."
Fiya menjeling. Kata-kata Liana langsung tak terkesan di hatinya. Itulah jadinya, bila hati sudah hitam. Malah, dendamnya terhadap Farhan dan Aisy kian membara.
"Aku cakap benda betul, Fiya. Tak baik berdendam. Apa kebaikan yang kau dapat kalau kau berdendam? Cuba cakap kau aku." Liana mengharapkan jawapan daripada kawannya.
"Kebaikan dia, aku dapat tengok dua orang tu merana. Merana!"
Merah mata Fiya, angkara geram yang terpaut di hati. Setitis dua air mata mula mengalir di pipinya.
"Fiya, rasa cinta kau pada Farhan dah hilang sepenuhnya ke?"
Liana tidak mahu menambahkan tekanan pada diri Fiya. Kalau boleh, dia tidak mahu bercakap langsung dengan Fiya sekarang.
"Tipulah kalau aku cakap aku dah tak cinta kat dia. Perasaan cinta tu masih ada," jawab Fiya dengan suara yang perlahan.
"Tapi bila dia buat aku macam ni, dia seolah-olah tukarkan rasa cinta tu jadi benci," tambahnya lagi.
"Dahlah, jangan sedih." Liana mengusap bahu kawan baiknya yang satu itu.
"Macam mana aku tak sedih, kalau dia buat aku macam ni?" Fiya menanya dengan hati yang lara.
YOU ARE READING
Takdir Dia
Любовные романыAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...