2013
Sekolah Berasrama Penuh Sri IndahPerlawanan bola sepak antara Sekolah Berasrama Penuh Sri Indah dan Maktab Rendah Sains Alam Shah ( MRSAS) nyata mendapat sambutan hangat oleh seluruh sekolah SBP Sri Indah terutamanya warga puteri.
Ini kerana bakal pewaris takhta pemerintahan negara Genevia, Putera Mahkota Tengku Noah Mikael,seorang pelajar Tingkatan 5 dan merupakan kapten bola sepak MRSAS . Kelincahan Tengku Noah dalam mengendalikan bola dalam padang serta strategi memperdayakan pihak musuh tidak disangkal lagi. Ironinya pelajar SBP Sri Indah memberi sokongan padu pula pada pihak lawan.
Di keramaian penyokong penyokong SBP Sri Indah, seorang gadis sedang ralit membaca buku Biologi Tingkatan 4, khusyuk tanpa terjejas oleh keriuhan suara penyokong. Mana tak nya, bangunan akademik kosong dan guru mereka menyuruh para pelajar memenuhi padang sekolah itu bagi memberi sokongan. Nak tak nak gadis itu perlu mengikuti arahan itu. Ikut hati dia memang tak nak pun duduk sini. Kuiz Biologi yang akan berlangsung minggu hadapan lebih bermakna. Baik dia study siap siap.
" Atisha Humaira, jap lagi masa rehat separuh masa kedua teman aku jap," kata rakan di sebelah Atisha, Dahlia Ayra.
Atisha memandang Dahlia. " Kenapa?"
" Jumpa Hayyan sat, dia nak pass buku kerja Fizik. Dia kata takut tak sempat hantar homework, dia minta aku hantarkan."
Atisha tersenyum segaris. " Owh nak jumpa buah hati ajak aku sekali, choiiiii alasan."
"Jangan merepek Tisha, aku dengan dia kawan baik je la." Tangan ketam Dahlia mula mencubit pinggang Atisha yang galak mentertawakannya.
" Gelak gelak juga, kau nak teman aku ke dok sengal?" Soal Dahlia lagi, mukanya pasrah je lah kena gelak sindir gitu.
" Ya ya, aku teman." Sambil tersengih, bahunya menyondol Dahlia. Mood mengusik masih bersisa.
——————————————————————————
Waktu rehat separuh masa pertama bermula. Kedua sahabat itu menuju ke khemah kanopi untuk team SBP Sri Indah. Dahlia menjenguk jenguk seketika dalam khemah sebelum seorang lelaki keluar dari khemah itu.
" Dahlia, kau cari sapa? Hayyan ke?" Syed Izzuddin rupanya yang keluar itu. Kawan sekelas mereka. Pemain simpanan bola SBP Sri Indah. " Eh hai Tisha," sempat lagi Izzuddin menyapa Atisha yang hanya membalas senyum segaris.
" Aah, mana babun tu. Aku pulak nak kena hadap dia nak hantar kerja sekolah dia," bebel Dahlia. Izzudin tahan gelak je lah. Memang keduanya Hayyan - Dahlia ini digelar pasangan love hate relay. Nampak suka sama suka tetapi kedua tak mengaku langsung.
" Ha, masuk lah, Hayyan ada kat tepi sana." Kata Izzuddin. Dahlia berpaling ke arah Atisha.
" Tisha, kau tunggu jap eh, aku nak jumpa Hayyan."
Atisha mengangguk dan berdiri di tepi khemah.
Sambil menunggu sahabat baiknya, Atisha hanya melayan matanya melilau ke arah keseluruhan padang. Terdapat satu lagi khemah besar di sebelah sana. Mungkin itu khemah bagi pasukan sekolah MRSAS. Tapi nampak cantik pulak siap ada red carpet bagai.
Oh lupa, Putera Mahkota ada kat situ, dia player bola kan. Kapten rasanya. Entah, Atisha tak peduli pun. Kisah apa.
" Atisha, alang alang awak kat sini, tolong pass First Aid Kit and gauze ni kat khemah sana. Dorang kehabisan bekalan gauze pula." Cikgu Salawati entah dari mana datang, menyerahkan sekotak gauze dan juga dua kotak kecil First Aid.
Atisha panik,namun dia tiada pilihan, terpaksa mengangguk dan terus berjalan ke khemah pasukan sana membawa kotak kotak putih. Dahlia pula masih di dalam khemah sekolah mereka.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...