45

11.8K 445 16
                                    

I would never fall in love until I found her

" Hayden!!"

Tengku Hayden menghela nafas seketika. Dia tak sempat bernafas langsung untuk memikirkan alasan mengapa dia perlu membocorkan lokasi keberadaan Atisha.

"Kau tipu aku Hayden!!" Jerit Atisha kecewa. Kenapa dia bodoh sangat percayakan Tengku Hayden. At the end, Tengku Hayden akan tetap menyebelahi keluarganya.

Bodoh!

" Aku terpaksa Tisha. Suami kau je yang boleh protect keselamatan kau dan anak anak korang."

" Bullshit, tu anak anak aku. Aku yang mengandungkan dorang, aku yang rasa sakit bersalinkan dorang. Aku yang berjaga malam tidurkan dorang. Aku yang membesarkan dorang selama ni! Kau siapa nak campur tangan?" Atisha benar benar diluar kawalan kemarahannya.

Kepercayaannya musnah. Dia dikhianati sahabatnya sendiri.

Kembali dirinya pada Tengku Noah walau atas alasan apa sekali pun, ibarat kembali ke kurungan emas.

Suami dia memang gila. Dia sahaja yang tahu betapa kejamnya Tengku Noah . Sisi itu tak ditunjukkan pada orang lain sebab itu orang luar hanya menyanjungnya seperti malaikat.

Atisha menangis teresak esak akhirnya. Tengku Hayden memandangnya dengan penuh rasa bersalah.

" Tisha,aku minta maaf. Tapi aku terpaksa.."

Atisha lantas bangun dan masuk ke biliknya. Seketika kemudian, dia menggalas beg dan mendukung kedua anak kembarnya, terus menapak ke pintu utama.

Dia tak nak kembali pada Tengku Noah. Apa nak jadi jadilah!

" Tisha!"

Tengku Sumayyah menghampiri Atisha cuba menasihati wanita itu.

"Jangan halang Tisha kak. Tisha lebih rela hidup susah daripada kembali pada suami Tisha. Tisha susah payah keluar 2 tahun lepas, ni senang senang nak balik ke pangkuan dia. Memang tak lah."

Tengku Hayden menghela nafas.

" Kau nak keluar ke mana pun tak boleh Tisha."

Kali ini tumpuan Atisha teralih semula pada Tengku Hayden.

" Sebab Noah dah letak pengawal istana kat bawah untuk kekang kau dari keluar dari sini. Aku minta maaf Atisha tapi kau tak ada pilihan sekarang. Demi anak anak kau, kau memang patut kembali kepada suami kau semula. Kalau tak, dia boleh buat sesuatu yang tak terjangka oleh kita semua. Aku takut bukan kau yang sakit, orang lain pun terkena tempiasnya. Dia perlukan kau Atisha."

—————————————————————

Raja Tengku Raden dan Permaisuri Tengku Mariah terkejut yang amat apabila mendengar sidang media yang dibuat Tengku Noah sebentar tadi. Atisha Humaira adalah isteri yang pertama dikahwini oleh oleh anak lelakinya itu.

" Titahkan Putera Mahkota untuk menghadap beta."

Tengku Raden perlu mendapatkan penjelasan mengapa Tengku Noah bertindak sedemikian. Pernikahan itu bukan main main. Tengku Noah membelakangkan keluarga kali ini. Rakyat akan mempersoalkan kredibiliti dirinya sebagai raja dan ketua keluarga apabila anaknya sendiri mencipta kontroversi begini.

Tengku Mariah pula terdiam membisu. Menantunya adalah anak Tengku Rosemarie, perempuan yang paling dibencinya. Argghhhhh susah betul. Bayangan Rose akan sentiasa mengganggu. Dulu emaknya, sekarang anaknya pula.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now