I would never fall in love until I found her
Bunyi dentingan sudu dan garfu memenuhi ruang makan istana. Malam ni diadakan majlis makan malam meraikan tetamu dari Farland, Sultan Idrees Shah sekeluarga. Kelihatan ayahandanya Sultan Tengki Raden saling bertukar pandangan dengan Sultan Raja Idrees Shah, manakala Permaisuri Tengku Mariah pula rancak berborak dengan Permaisuri Farland,Permaisuri Suria.
Tengku Noah kenal akan anak sulung pasangan itu, Putera Aizat, mereka pernah berjumpa semasa kem musim panas yang menghimpunkan anak anak raja pemerintah seluruh dunia di Seattle dahulu. Dek kerana itu mereka berdua boleh ngam. Mereka juga pernah berjumpa semasa Tengku Noah melanjutkan pelajaran Master tak lama dahulu.
Tetapi Noah tidak mengenali adik adik Putera Aizat yang lain. Dan dia tidak berminat untuk kenal. Bukan dia tak nampak pandangan gadis yang duduk di sebelah Putera Aizat. Saja buat tak nampak. Di mansion sudah ada yang menunggu kepulangannya. Tidak sabar dia mahu menatap wajah Atisha lagi.
Ketika dia meninggalkan gadis itu, dia masih lagi lena dibuai mimpi sejak semalam. Kuat juga penangan ubat tidur tu ye.
"Noah, rasanya kamu masih belum kenal dengan anak anak Sultan Idrees ye."
Noah mengangkat kening mendengar suara bondanya. Dia dah mula dahhhh.
" Itu Putera Aizat, kamu sudah kenal kan? Putera Mahkota Farland. Di sebelahnya, adik Aizat, Puteri Aimi Sarah. Yang ni pula Puteri Aileen dan yang terakhir Putera Aisaac," ceria dan bersungguh pula Bonda memperkenalkan satu satu.
Tengku Noah hanya mengukir senyum nipis tanda hormat. Kemudian dia terus menjamah hidangannya tanpa menghiraukan sekeliling.Dia mahu majlis itu cepat habis dan cepat lah dia boleh pulang.
"Sarah,nanti bual bual dengan Noah.Anak beta pemalu orangnya," tuntas Tengku Mariah tidak mempeduli renungan tajam anaknya. Geram sungguh dia dengan kelakuan Noah. Sarah tu sudah cukup bagus. Ada pakej menjadi Permaisuri negara. Tapi itu pun tidak dipandang.
Puteri Sarah sudah tersipu malu. Dia sedia maklum, antara intipati majlis makan malam ini antaranya mengenai sesuatu antara dirinya dan Tengku Noah. Siapa tidak kenal akan Tengku Noah, antara putera raja berpengaruh di dunia. Keunikan putera ini adalah dia langsung tidak mempunyai gosip mengenai wanita kerana tiada satu pun gambar dia dengan mana mana wanita lain. Ada gosip bertebaran mengatakan Tengku Noah seorang gay, tetapi dinafikan oleh Tengku Noah sendiri yang secara tegas memaklumkan, dia belum menemui calon sesuai untuk dirinya.
Jadi apabila dikhabarkan soal perjodohan oleh ibunya, Puteri Sarah sangat sangat bersetuju. Tengku Noah bukan playboy. Dia bersih dari semua gosip. Dan itulah lelaki idaman yang diimpikan.
Tengku Noah mengeluh sedikit. Dia mengerling jam di tangannya. Sudah hampir 3 jam dia meninggalkan mansionnya. Dia sudah berasa gelisah tak tenteram.
" Noah," bahunya ditepuk mesra Putera Aizat yang kemudiannya mengambil tempat disebelahnya. Tangannya satu memegang gelas berisi jus oren.
" Aizat," balas Noah, cuba menunjukkan ekspresi biasa. Ikutkan sekarang dia ingin pulang.
" Lama dah tak jumpa kau doh, last masa konvo Master kan?" Kata Putera Aizat tertawa.
"Haha biasalah lepas habis Master aku terus buat phD sebab felo aku suka pula dengan research aku, mujur dia bagi geran dia," Noah menyisip sedikit jus oren yang berada di hadapannya. Putera Aizat mengangguk.
"Aku dengar kau dah ambil alih jawatan CEO dari ayahanda kau, banyak juga kau kena belajar tu," kata Aizat.
Noah mengangguk perlahan. " Eiman pangku jawatan aku sebelum ni, sekarang ni dia assist aku dulu. Banyak juga aku kena ambil tahu. Ayahanda aku bina syarikat tu dah bertahun lamanya."
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...