9

14.7K 484 7
                                    

I would never fall in love until I found her

Pagi itu, Atisha mendapat pemeriksaan kaki oleh seorang doktor wanita. Dia kenal doktor itu, mereka pernah berjumpa ketika conference body fracture and tendon cut tahun lepas. Wanita itu salah seorang panel forum perubatan.

Dr Zahlia namanya. Rupanya Dr Zahlia adalah doktor peribadi Tengku Noah sendiri, dan merupakan antara sahabat rapat biarpun dia kelihatan berusia pertengahan 30an.

Atisha bimbang akan tanggapan Dr Zahlia terhadap dirinya, kerana dirinya berada dalam rumah dan bilik peribadi Tengku Noah. Tetapi wajah Dr Zahlia menunjukkan dia seakan tidak kisah, atau tidak mahu mencampuri urusan.

" Kaki awak ada terseliuh sedikit. Mungkin seminggu dua dah okay. Tak boleh weight bearing 4 hari awal dulu. Then lepas tu boleh try pijak lantai perlahan lahan." Kata Dr Zahlia sambil merenung Atisha bersilih ganti dengan Tengku Noah yang ada bersama.

Dr Zahlia sudah mengarahkan Tengku Noah untuk keluar namun lelaki itu memang keras kepala sungguh, tetap mahu berada disitu.

"Okay Atisha, ada apa apa soalan?" Soal Dr Zahlia sambil mula mengemas baki bandage dan gauze yang ada. Atisha memegang erat hujung baju Dr Zahlia, yang kemudian disedari Dr Zahlia. Dr Zahlia mengerut dahi dan kemudiannya memikirkan sesuatu.

" Atisha, kenapa?" Soal Tengku Noah, lembut. Namun pandangan matanya berisi amaran. Mujur dia tidak nampak akan pegangan tangan Atisha di baju Dr Zahlia.

" Tuanku, boleh keluar sekejap? Saya ada satu lagi prosedur tertinggal. Tapi melibatkan private part dia," kata Dr Zahlia, lembut.

Tengku Noah memeluk tubuh. " Aku rasa kaki dia yang cedera, kenapa nak kena check sampai atas pula?" Soal Tengku Noah seakan memerli.

Dr Zahlia terdiam.

" Nak test urat saraf dia ok ke tak since dia terseliuh teruk jugak ni Tuanku. Nampak tak kaki dia merah lain macam. So nak further assessment dulu sekejap," kata Dr Zahlia lancar. Atisha tahu itu ayat pusing pusing Dr Zahlia je. Dia tahu, dia juga doktor.

Tengku Noah menyandarkan badannya ke dinding sambil memikirkan sesuatu. Matanya tepat merenung ke arah Atisha.

Atisha berharap Tengku Noah terima sahajalah cepat. Renungannya itu menakutkan.

"Fine.. 10 mins. No addition." Katanya sambil berjalan keluar dari bilik dan menutup pintu.

Atisha menghembus nafasnya dengan penuh kelegaan.

" Apa dia Atisha? Tell me what is it."

" Dr ,tolong Tisha. Tisha nak keluar dari sini." Kata Atisha, perlahan. Dr Zahlia terdiam.

"Apa sebenarnya dah jadi ni? Apa hubungan kamu dengan Tengku Noah?"

Atisha menggeleng, tidak tahu nak jawab soalan Dr Zahlia. Tengku Noah juga tidak menjelaskan apa bentuk hubungan mereka. Soalan itu umpama jerat.

" Dilihat dari cara Tengku Noah, kamu istimewa baginya Atisha. Susah nak buat apa apa sebab dia tu berkuasa. Dia Putera Mahkota, kamu kena ingat. Kamu nak lari dari dia?" Tebak soalan Dr Zahlia. Lambat lambat Atisha mengangguk.

"Saya dah tak tahu nak minta tolong sapa. Saya nak keluar dari sini je dahulu," bisik Atisha lemah.

" Kaki kamu tu Atisha. Teruk sangat masalahnya . Edema teruk kat ankle tu. Kamu nak lari macam mana?" Keluh Dr Zahlia, kasihan melihat wajah mendung gadis itu.

Dia pasti ada sebab mengapa Tengku Noah mengurung Atisha. Tengku Noah selalu ada caranya yang tersendiri. Dia risau jika dia turut campur tangan, ada nyawa yang dibahayakan. Sama ada dirinya, atau Atisha sendiri.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now