I would never fall in love until I found her
Mazda CX-5 berwarna merah itu yang makin menjauh diperhati sayu. Matanya terarah melihat isterinya yang baru sahaja mendengar lafaz cerainya menaiki kereta itu dengan selamat. Berbaju hoodie hitam, dari kejauhan, dia berdoa semoga si isteri dan anak anak selamat walau dimana mereka berada.
Hatinya sayu melihat tangisan si isteri dan mata bengkaknya.
" Maafkan abang sayang. Abang tahu apa yang abang buat sekarang ni terlalu kejam untuk sayang. But please baby girl, ingat pesanan abang,tolong bertahan demi abang." Bisiknya perlahan.
Kali ini, rancangannya seterusnya adalah untuk seseorang yang dahulunya amat dihormati dan disanjungi. Hanya semata mata kerana dendam lama dan cinta tidak berbalas, menyebabkan seseorang itu sanggup mengotorkan tangannya sendiri, iaitu membunuh.
" Sayangku Atisha..you are the only my perfect star..forever."
—————————————————————
Kini sudah 2 minggu sejak lafaz cerai didengari di telinganya, yang nyata meremukkan dan melukai hatinya yang terdalam.
Diceraikan begitu sahaja tanpa sebab yang kukuh untuk diyakini membuatkan dia merasakan, dia lebih rela menghadapi sikap suaminya yang baran, yang psiko dari terpaksa merana begini.
Kekuatannya adalah anak anaknya. Biar hatinya sakit dihancuri, tetapi anak anaknya adalah sumber kekuatannya untuk dia membina semula semangatnya yang tertinggal. Cintanya yang dipersia.
Berkali kali dia bertanya, apakah salahnya? Adakah dia bukan isteri yang baik? Adakah salahnya cuma menjadi anak Tengku Rosemarie? Dia sendiri tidak banyak kenangan untuk diingati bersama ibunya. Cuma secebis yang masih lagi bersisa, iaitu loket bunga mawar yang diamanahkan.
Buat kesekian kalinya, dia menangis lagi.
Ketukan di pintu, menyebabkan Atisha berpaling. Pantas dia mengelap air mata.Susuk tubuh seorang wanita masuk dan menghampirinya sambil tersenyum manis.
" Tisha," sapa Aurora sambil menepuk bahu Atisha sedikit. " Jom, kita makan."
Atisha tidak mampu membalas, dia terlalu sebak. Pantas dia menggeleng. " Tisha tak lapar."
Aurora menarik nafas perlahan. Sejak Atisha sampai ke Erovra 2 minggu lepas, wanita itu asyik menangis dan menangis tanpa henti. Tambah pula Aurora terkejut bahawa Atisha ketika itu baru sahaja diceraikan. Ikut hatinya, mahu ditumbuk wajah Tengku Noah disitu juga. Bodoh!
Atas arahan suaminya, Aiden, Atisha dan anak kembarnya diberikan status quo, iaitu rakyat luar yang dilindungi hak dan kerakyatannya. Penjaminnya adalah Aiden sendiri. Aiden juga menyediakan bilik dan ruang khas untuk Atisha dalam istana serta dayang peribadi yang bertugas.
Amanah yang diberikan sahabatnya Tengku Noah Mikael, Aiden jaga sebaiknya demi persahabatan mereka. Namun begitu, Aurora bimbang akan kesihatan mental Atisha. Dia semakin murung hari demi hari.
" Tisha." Aurora mengambil tempat di sebelah Atisha. Tangan Atisha dicapai dan digenggam erat.
Air mata Atisha mengalir lagi.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
DiversosBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...