I would never fall in love until I found her
" Dr Atisha Humaira, saya nak maklumkan awak akan dipinjamkan ke Hospital Glasgene selama setahun," Atisha jatuh rahang apabila mendengar kata kata ketua jabatannya Dr Ishaaq Faaruqi.
Pinjaman? Selama setahun pulak tuh? Kat hospital lama? Kenapa?
" Ya betul. Awak tak salah dengar. Untuk unit Hand Specialist di sana selama setahun. Mereka tak cukup staff." Kedengaran tegas bunyi nada Dr Ishaaq.
" Tapi kenapa saya? Ramai lagi yang lebih layak.." bantah Atisha. Memang sebolehnya dia tak mahu ke sana kembali. Kenangan buruk terlalu banyak di Glasgene.
Dr Ishaaq mengeluh. Ya dia juga tidak mengerti kenapa Atisha yang dipilih sedangkan dia baru 2 tahun di dalam Orthopedic. Hand Specialist memerlukan pengalaman sekurang kurangnya 5 tahun bekerja.
" Sebaiknya baik awak berjumpa dengan pengarah sendiri je lah. Tapi saya dengar pengarah tu makin awak tolak, makin dia tekan awak. Jadi terima je lah Atisha. Lagipun ini peluang awak untuk gain experience in Hand. Kat sana ada pakar Hand. Study Master awak nanti pun boleh dipendekkan je," kata Dr Ishaaq memberi galakan.
Atisha terdiam. Ya, menjadi pakar merupakan salah satu impiannya. Jika dia ke sana dan membuat attachment ni, pengajian Master dia nanti akan dipendekkan. Exam lagi. VIVA lagi. Memang sukar laluan untuk menjadi pakar atau specialist.
Tapi begini kah caranya? Tiada cara lain lagi kah?
Atisha mengeluh.
Mungkin dengan cara mendiamkan diri, dia mungkin tidak akan menarik perhatian. Kerana dia perasan sejak akhir akhir ini mengapa dia kerap sangat berurusan dengan kerabat diraja?
Haih susah betul!
—————————————————————-
Hari pertama bekerja di Glasgene Hospital disambut dengan meriah oleh rakan rakannya dahulu yang pernah menjalani latihan housemen bersama sama.Ramai bertanya tentang ketiadaannya selama 4 bulan tempoh latihan dan pertukaran tiba tiba ke De Florin Hospital 2 tahun yang lalu. Atisha hanya menjawab masalah keluarga. Tak mampu reka alasan lain.
Atisha akan bekerja di unit Hand dalam Jabatan Ortopedik. Anak kembarnya juga ditukarkan ke taska jagaan berhampiran. Mujur Glasgene Hospital menyediakan pusat jagaan untuk anak anak staf jadi Atisha boleh menjenguk anak anaknya apabila tiba waktu rehat.
Abangnya pula Adrian Hilman pada mulanya membantah tetapi setelah dijelaskan, Adrian akhirnya mengalah. Tetapi Adrian tidak diluluskan pula pertukarannya dari Kem Scolia ke Kem Glasgene. Maka seminggu sekali, Adrian akan menjenguk adiknya serta anak anak saudaranya.
——————————————————-
Tengku Eiman mengetuk pintu pejabat abangnya Tengku Noah. Dia hairan kenapa mesyuarat penting tidak dihadiri abangnya tadi. Abangnya tahu mesyuarat ini penting bagi mereka.
Ketukan di pintu tidak bersahut, akhirnya dia redah je lah.
Tengku Noah sedang termenung sambil bersandar di kerusi kerja berodanya. Sehingga tidak sedar adiknya menghampirinya. Tengku Eiman hairan.
" Noah.."
" Noah.."
Tengku Noah masih terdiam.
" NOAH!!"
Tengku Noah tersentak dan memandang Tengku Eiman dengan riak terkejut.
" Eh, kau kenapa? Meeting dah start ke?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...