I would never fall in love until I found her
Tengku Hayden sedang memeriksa laporan perubatan salah seorang pesakit kanak kanaknya apabila pintu pejabatnya diketuk kasar. Belum sempat dia menyuruh masuk, pintu dikuak deras.
Dr Alif, pegawai perubatan senior dari Jabatan Kecemasan, masuk ke biliknya.
" Alif? Ada apa kau kat sini?"
" Atisha ada datang kerja tak? Aku call dia, mesej dia langsung tak reply. Kelibat dia aku lama tak nampak. Staffnurse bagitahu dorang pun dah lama tak nampak Atisha sekarang. Mana dia Hayden?" Soal Dr Alif kasar, wajahnya tegang.
Tengku Hayden mengeluh. Sejujurnya dia juga tidak tahu dimanakah kelibat si Atisha. Dia juga turut cuba menghubungi gadis itu , namun gagal. Rumahnya mengikut alamat dalam fail peribadi gadis itu cuba dijejak, juga tidak dapat dikesan. Sudah dua minggu gadis itu hilang, sejak dia minta bercuti tempoh hari. Kelihatan agak tergesa gesa sebenarnya. Itupun setelah diarahkan untuk ke pejabat Tengku Noah berkaitan projek Hari Kanak kanak, terus Atisha memohon cuti.
Dan dia juga perasan, Tengku Noah langsung tidak bertanya soal projek Hari Kanak kanak itu lagi seperti sebelum ini. Malahan Tengku Hayden sendiri sudah tidak diminta ke pejabatnya. Tengku Hayden agak hairan. Seperti Tengku Noah tahu Atisha tidak masuk bertugas seperti biasa.
Sesuatu terjadi pada Atisha kah? Adakah ianya berkaitan dengan Tengku Noah? Sebab ianya kebetulan yang sangat pelik.
" Dr Hayden."
Tengku Hayden tersentak.
" Aku pun tak tahu Alif. Aku dah call, mesej, aku pun dah ke rumah dia takut takut jadi apa apa kat dia tapi gagal. Dia hilang macam tu je," balas Tengku Hayden meraup wajah. Susah juga kerana Atisha dalam proses melengkapkan latihan perubatannya. 4 bulan lagi. Mana kau Tisha oi?
Dr Alif duduk di kerusi di hadapan meja kerja Tengku Hayden dan menghela nafas.
" Apa yang dah jadi? Selama ni elok je dia kat ED. Elok je aku tengok dia kerja. Ni sejak tukar masuk Paeds, dengan projek korang tu, dia hilang terus tanpa dikesan. Teruk sangat ke projek yang korang handle tu?"
" Aku pun tak tahu la Alif. Susah jugak sebab Paeds tak cukup kaki tangan sekarang," keluh Tengku Hayden. Entah mengapa dia merasakan Tengku Noah ada kaitan dengan kehilangan Atisha. Entah, tetapi hati kecilnya mula berbisik.
" Kenapa tak report polis?"
" Nak report atas dasar apa Alif? Pintu rumahnya bukan dikopak. Malahan grill rumahnya semua bertutup elok."
Dr Alif menghela nafas. " Kita kena cari dia. Aku dapat rasa dia dalam bahaya."
Tengku Hayden melihat wajah Dr Alif yang resah dan mengangguk.
Dalam kepalanya dia mula mengesyaki seseorang.
——————————————————————————-
Atisha melangkah turun tengahari itu dengan perlahan lahan menuju ke dapur. Ada satu perkara yang bermain dalam fikirannya. Dia perlukan pertolongan seseorang kali ini.
Kelibat Yanti di dapur dihampiri.
" Yanti," sapa Atisha sopan. Yanti yang sedang memasak hampir terpelanting senduknya dek kerana terkejut. Yela selama ini mana pernah ada orang memanggilnya tengah hari begini. Biasanya rumah itu sunyi sangat.
" Ya ya Cik Puan, kenapa?" Yanti bertanya sopan sambil menstabilkan nafas.
" Mana ruang yang tiada CCTV?" Soal Atisha pantas.
![](https://img.wattpad.com/cover/334649008-288-k533893.jpg)
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...