21

12K 375 17
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Raden dan Tengku Mariah selesai merasmikan Pembarisan bagi Hari Kebangsaan Genevia. Selaku Raja Pemerintah dan Tengku Permaisuri Negara, kawalan kehormat serta pemeriksaan kawad wajib dilakukan sebelum bermulanya acara pembarisan.

Tengku Noah Mikael sebagai Putera Mahkota juga menyertai pembarisan dengan menjadi ketua batelion bagi Tentera Darat Diraja Genevia. Manakala Tengku Eiman, Tengku Aidan dan Tengku Insyirah hanya duduk di podium diraja memerhatikan pembarisan kawad kaki dan pameran aset aset dari jabatan kerajaan serta kementerian.

" Settle dah dengan urusan tu?" Bisik Tengku Eiman kepada Tengku Aidan. Tengku Aidan yang seakan memahami maksud Tengku Eiman, hanya mengangguk.

" Aku tak boleh turun kerap sangat ke base. Bonda syak," kata Eiman.

" Tak pe, aku ada," balas Aidan ringkas. " Lama lagi ke benda ni?" Rungut Aidan. Dia memang sangat malas terlibat dengan benda benda begini. Langsung tak minat.

" Entah." Eiman mengangkat bahu, mukanya juga seakan menyesal. Tetapi untuk acara negara seperti ini memang memerlukan kehadiran mereka semua selaku keluarga Pemerintah. Tambahan pula abangnya juga menyertai pembarisan yang sudah tentunya dibangkang pada mulanya. Namun Noah tiada pilihan kerana dia merupakan Putera Mahkota.

Eiman termenung jauh teringat tentang gambar gambar mesra abangnya dan seorang wanita. Benar kata Fakhrul, keduanya tampak sangat mesra, atau terlebih mesra. Seolah olah memang benar, mereka sudah bernikah.

Dia ingin sekali menanyakan perkara itu kepada abangnya tapi dia pasti abangnya akan mengamuk kerana privasi sudah dilanggar. Tetapi dia ingin sekali mendengar jawapan dari abangnya. Siapakah perempuan itu sebenarnya?

" Eiman, kejap lagi ada interview stesen tv. Kau pergilah dengan adik, aku malas," selamba Aidan menuturkan kata. Eiman menjeling.

"Eh selamba kau je kan. Malas kau je kan. Malas aku ni tak nak kira," rungut Eiman.

" Aku penat la Eiman. Semalam aku urus penghantaran masuk kali ke 3. Satu hari aku kat perlabuhan tau," balas Aidan, beriak dingin. Nada direndahkan hampir berbisik.

Eiman mengerut dahi. " Bukan sepatutnya Noah turun sekali?"

" Noah sibuk dengan rehearsal benda nih lah"

" Hoi kau ingat aku tak tahu ke? Rehearsal ni bukan sampai malam bangang," Eiman membalas, geram.

" Entah, dia kata dia sibuk. Jadi aku fikir dia kena buat rehearsal la kot," kata Aidan, muka malas.

" Abang abang sekalian ,dari tadi lagi bising betul lah. Diam boleh tak?" Tengku Insyirah menyampuk. Susah betul nak fokus tengok kanda kanda bomba polis hensem atas trak. Dua abang ni bukan kira kat mana dorang nak borak.

" Aku cakap habis slow nih Insyirah, kau yang bising sekarang," Eiman mencerlung mata ke arah adiknya.

" Mulut kau tu yang bising Angah, pot pet dari tadi. Nak tengok pembarisan pun susah." Balas Insyirah tak nak kalah.

" Eh korang dua nih..." Aidan ingin meleraikan apabila tiba tiba Sultan Tengku Raden yang berada di kerusi hadapan berdehem mematikan perbualan mereka bertiga.

" Padan muka korang," bisik Aidan hampir gelak jahat. Insyiran dan Eiman hanya menjeling satu sama lain.

————————————————————————————

Setelah selesai majlis acara Hari Kebangsaan, Tengku Noah singgah di istana terlebih dahulu setelah dipinta oleh Sultan Tengku Raden. Mereka membincangkan sedikit isu isu negara sebelum Tengku Noah meminta diri untuk pulang.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now