I would never fall in love until I found her
A broken heart is all that's left
I'm still fixing all the cracks
Lost a couple of pieces when
I carried it, carried it, carried it homeI'm afraid of all I am
My mind feels like a foreign land
Silence ringing inside my head
Please carry me, carry me, carry me homeI've spent all of the love I saved
We were always a losing game
Small town boy in a big arcade
I got addicted to a losing gameOh
Oh
All I know, all I know
Loving you is a losing game
Do you love me, love me not?
Giving pieces from my heart
Tomorrow's coming and has gone
Still I carried, I carried, I carried onTengku Noah menolak kasar Putera Amar yang berdiri berhadapannya. Kolar baju Amar dicekak erat. Wajahnya benar benar dalam kemarahan.
Ketika itu mereka berada dalam bilik pejabat Aiden. Aiden juga terpaksa bergegas pulang ke istana semula sebaik sahaja mendapat berita bahawa Tengku Noah datang untuk mengambil isteri dan anak anaknya kembali. Aiden tahu Amar tidak akan membenarkannya. Sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini, dia perlu berada disana.
Tengku Eiman juga ada bersama. Tengku Aidan pula ditugaskan untuk menjaga hal istana Genevia sementara.
" Kau khianati aku Amar." Satu satu perkataan keluar dari Tengku Noah. Dia benar benar naik angin kali ini.
Dia tahu status Putera Amar . Dia tahu keluarga Raja Aiden bukan spesies manusia biasa. Tapi dia tidak peduli. Baginya Atisha lebih penting. Atisha sudah berjanji untuk bertahan deminya. Atisha yang sangat dicintainya.
"Aku khianat kau? Kau tanya diri kau dulu Noah, kenapa kau tergamak sakiti Tisha? Kau ceraikan dia semudah itu!"
Tengku Noah mengetap bibir. Bodoh ke apa Amar ni? Hilang ingatan?
" Kau faham tak aku buat semua tu sebab keselamatan Tisha! Keselamatan anak anak aku! Ayahanda aku nak bunuh dia kalau dia masih di sana. Sebab tu aku amanahkan kau, aku amanahkan Aiden untuk jaga Atisha! Tapi apa yang kau buat nih Amar? Kau ajak dia kahwin? Bullshit!"
Tangan Tengku Noah ditepis mudah Putera Amar. Dia menolak dada Tengku Noah dengan rasa geram.
"Keselamatan Atisha? Atau sebab lain kau ceraikan dia dan hantar dia ke sini? Ke kau dah ada orang lain? Kalau tak takkan si Sarah tu sanggup datang dari sana dan mengaku dia mengandung anak kau Noah! Benda apa kau buat ni? Suami jenis apa kau ni?"
" Apa?"
Dada Tengku Noah turun naik menandakan amarah makin menimbun. Sesak nafas terasa memikirkan masalah baru. Dasar tak guna punya betina. No wonder lah sibuk datang sini pula. Dah cukup baik aku nak lindungi kau Sarah. Kau boleh balas macam ni kat aku.
" Itu bukan anak aku. Puteri Sarah dah memperbodohkan korang."
Putera Amar mula meluru ke arah Tengku Noah. " Kau jangan nak tipu lah Noah. Kau nak nafikan pula? Apa alasan kau kali ini?"
Satu penumbuk hampir dilepaskan namun sempat ditahan Aiden yang kemudiannya menolak Putera Amar terus ke dinding tepi.
" Cukup Amar." Satu amaran keras diberikan Aiden.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...