I would never fall in love until I found her
"Minta maaf Dr Atisha tetapi nama itu dilarang untuk disebut dalam istana ini sejak dulu."
" Kenapa?"
Dayang Indah ingin menjawab tetapi pintu bilik telah dikuak dari luar.
" Dah siap Dr?" Tengku Eiman berjalan masuk lantas Dayang Indah mendiamkan diri. Atisha mengetap bibir, entah mengapa hati kecilnya benar benar ingin mengetahui siapa sebenarnya Rose itu.
" Dah, Tuanku. Saya dah siap dah." Cuba berlagak tenang, Atisha mula berundur ke belakang, memberi laluan kepada Tengku Eiman yang berjalan menghampirinya.
" Okay, jom. Turun bawah. Join jamuan keluarga kat bawah. Ayahanda dan bonda juga nak berjumpa dengan Dr yang merawat Tengku Sarimah."
Atisha Humaira membulatkan mata.
" Eh tak pe lah Tuanku saya cuma datang untuk tugas saya. Saya nak balik untuk ambil anak anak saya pula," tolak Atisha lembut.
Nak mampus? Comfirm dia akan berjumpa suaminya juga disitu. Memang tak lah.
" Ini satu titah dari Tuanku Raja, Dr Atisha. Come, join us," tenang suara Tengku Eiman membalas. Dia tahu sangat si kakak iparnya ini cuba nak mengelak.
"Lagipun Dr, kan saya dah cakap anak anak Dr akan dipantau oleh saya sendiri. Mereka selamat je kat tadika sana."
Atisha mengeluh. Adui memang tak boleh nak mencelah.
" Jom, saya bawa Dr ke ruang makan. Jamuan dah start dah."
————————————————————-
Dentingan sudu dan garfu kedengaran di ruang makan istana yang besar. Atisha hanya menguis sedikit makanannya, dia langsung tidak menikmati hidangan itu dengan pelbagai pandangan dihala kepadanya. Sepupu sepapat kesemuanya ada disini.
Lebih lebih lagi pandangan oleh Tengku Mariah. Baru kali ini dia melihat secara berhadapan dengan Permaisuri itu. Dan dia dapat rasa Permaisuri itu tidak sukakannya.
Tengku Eiman setia bersama di sebelahnya. Ini boleh menimbulkan salah faham ni. Sudahlah Tengku Eiman ada tunang. Eh mana Tengku Sofea ya?
" Tuanku, mana Tengku Sofea?" Soal Atisha berbisik. Tengku Eiman memotong daging bakar menjadi kecil dan menyuap dalam mulut.
" Job kat China. Dua minggu kat sana."
Atisha mengangguk dan kembali menguis makanannya.
Namun dia menarik nafas lega kerana Tengku Noah dan isterinya Tengku Ayla tiada di situ. Entah mana perginya. Baguslah, tak perlu dia bertembung lagi. Cukuplah dia semeja dengan Tengku Noah semasa jamuan lawatan mengejut di Hospital Glasgene tempoh hari.
Lelaki itu walau tak mengingatinya, tetapi dia masih lelaki menakutkan bagi Atisha.
" Maaf lambat..kerja baru habis."
Satu suara menggegar sanubarinya bergema di ruang pendengarannya. Atisha mengenggam erat sudu dan garfu cuba menghilangkan rasa gemuruh yang mula bertandang.
" Noah..anakanda sulung," sapa Raja Tengku Raden.
Tengku Noah dan Tengku Ayla menyalami ayahanda dan bonda mereka serta semua yang ada disitu. Sampai sahaja di kerusi Atisha, Tengku Noah tersenyum sambil mengangkat kening.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...