77

11.6K 360 15
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Noah membawa Atisha dan anak anak mereka ke istana dan disambut meriah oleh hampir kesemua staf dan pekerja istana serta kaum keluarga kerabat mereka. Mereka menganjurkan sedikit jamuan makan meraikan Tengku Noah dan isteri. Kisah 3 bulan mereka yang lalu tidak diketahui ramai, jadi mereka hanya mendiamkan diri sahaja.

Lagipula penceraian mereka tempoh hari tidak didaftarkan. Jadi tidak ramai yang tahu.

Tengku Mariah yang duduk di kerusi roda namun semakin sihat memeluk Atisha yang menghampirinya sambil menangis teresak esak.

" Maafkan bonda Atisha, maafkan bonda. Kesalahan bonda ini terlalu berat untuk kamu maafkan, tapi bonda takkan berhenti meminta maaf sampailah kamu sudi maafkan si tua ini," ujar Tengku Mariah erat memeluk Atisha yang duduk berhadapan.

Atisha menepuk nepuk belakang Tengku Mariah cuba menenangkannya. Sungguh, dia tidak berdendam dengan wanita itu. Walau dia tahu dahulunya Tengku Mariah membenci ibunya, Tengku Rosemarie, tetapi tetap jua Tengku Mariah berusaha melindungi Atisha dan anak anak dari Tengku Raden walau caranya agak aneh sedikit sehingga menimbulkan salah faham.

" Bonda masih terima Tisha ke sebagai menantu Bonda?" Sebak Atisha menuturkan kata. Dia masih ada rasa takut, dia fobia.

Mendengar kata kata itu membuatkan Tengku Mariah menghamburkan tangisan."Maafkan bonda sayang. Bonda cuma ingin lindungi Noah, bonda tak nak Raden terus terusan menekan bonda lagi. Noah tak salah. Tisha pun tak salah. Bonda yang salah. Hukum lah bonda sayang kalau itu yang buat Tisha puas hati."

Atisha menggeleng geleng pantas. Dia juga menitiskan air mata. Sedih kerana kata kata Tengku Mariah dan rindu pada pelukan seorang ibu yang sudah lama tiada. Dia rindu.

" Maafkan Tisha bonda.." hanya itu yang mampu diucapkan oleh Atisha, sambil memeluk erat Tengku Mariah.

Tengku Noah melihat kedua wanita kesayangannya itu, bersyukur kerana Tengku Mariah menerima Atisha walaupun dahulu mendapat tentangan hebat gara gara Tengku Raden yang memanipulasi fikiran dan perbuatan Tengku Mariah. Dia memimpin kedua anak anaknya dan membawa kepada Tengku Mariah yang baru sahaja meleraikan pelukan serta mengesat air matanya.

" Bonda, ini Faiq dan Faliq, cucu bonda"

Wajah Tengku Mariah kelihatan teruja melihat kedua cucu lelakinya.

" Seriously ini cucu nenda. Comel sangat sayang sayang nenda..." teriak Tengku Mariah sambil menitiskan air mata.

Atisha mengambil Faiq dan meletakkan Faiq di atas riba Tengku Mariah. " Ini Faiq, Tengku Faiq Ezriel..Faiq, salam nenda. Ini nenda Faiq tau."

Faiq kelihatan takut takut pada mulanya tetapi akhirnya dia sudah boleh bermain main di atas riba Tengku Mariah. Manakala Faliq pula meraung raung didalam dakapan Tengku Noah tidak mahu didukung oleh sesiapa.

" Terima kasih Atisha. Terima kasih kerana melahirkan pewaris takhta ini . Bukan satu tapi dua cucu," kata Tengku Mariah sambil melayan Faiq yang duduk memusingkan Lego di tangannya.

Atisha tersenyum sambil matanya melirik ke arah suaminya yang sedang berborak dengan sepupunya. Hubungan mereka sejak akhir ini kembali mesra semula. Dan dia akui dirinya semakin manja dengan Tengku Noah. Tiada lagi rasa takut yang sering melingkari jiwanya.

Namun kadang kala jika suaminya mula bertegas dengannya, automatik dia akan menjadi anak kucing yang penurut. Atisha tidak mahu membangkitkan satu sikap sisi suaminya yang menyeramkan itu,sikap psikonya. Tambah tambah dia masih lagi menjalani rawatan di luar negara.

Rasa kasih sayang dan cintanya sepenuhnya tertumpah pada lelaki itu kini. Lelaki yang setia mencintainya, yang melindunginya, yang menyayanginya. Oleh itu dia sanggup mengambil risiko, untuk hidup dengan suaminya yang cemburu dan obses dengan isteri.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now