I would never fall in love until I found her
Dua hari kemudian, akhirnya Atisha akan pulang ke Genevia juga bersama anak anak dan juga suaminya.
Sebelum pulang, Aiden sempat memberi beberapa pesanan peribadi kepada Tengku Noah yang kemudiannya ditertawa oleh mereka berdua. Entah apalah yang lucu. Manakala Aurora memeluk erat Atisha, dan meluahkan rasa sunyi sekiranya Atisha tiada nanti. Maklumlah sudah 3 bulan lebih Atisha menetap di istana mereka.
Putera Amar juga datang menghampiri Tengku Noah dan anehnya, mereka kelihatan baik baik sahaja.
"Semoga bahagia Noah. Jaga Tisha elok elok. Jangan buat pelik pelik dah." Kata Amar sambil menepuk nepuk bahu Tengku Noah. Tengku Noah mengangguk ringkas.
" I will. She is my true love."
Amar sempat mengerling Atisha yang sedang berborak dengan Aurora di satu sudut sana.
" May I have words with her?" Soal Amar memohon izin.
" Privately?" Tengku Noah memandang Amar.
Putera Amar mengangguk ringkas.
" Then no." Selamba Tengku Noah membalas. Memang tak lah dia nak benarkan mereka berduaan tanpa dirinya. " Cakap je dengan aku, then aku sampaikan ke Tisha."
Putera Amar menjeling. " Blah lah kau."
Tengku Noah mengangkat bahu. "Tak nak sudah."
Selesai bersalaman, Tengku Noah mendukung anak anaknya yang sedang menangis nangis mahu bermain dengan anak kembar Aiden, menuju ke kereta yang disediakan. Barang barang mereka sudah pun diangkut ke bonet. Manakala Atisha pula sedang berbual dengan Zyon yang datang menegurnya. Sesekali mereka berdua ketawa mungkin mengenangkan beberapa kenangan ketika 3 bulan lebih Atisha disini.
Tengku Noah menghampiri isterinya. Rasa tidak suka melihat isterinya berbicara dengan lelaki lain jelas terpancar di wajahnya. Tetapi tetap dikawal raut wajah itu agar tidak keterlaluan. Dia sudah berjanji pada diri dan pada isterinya bahawa dia tidak akan bersikap begitu lagi.
Tapi itu lah, sudah jadi sebati dalam diri jika melibatkan Atisha.
"Zyon," sapa Tengku Noah sambil menggenggam tangan Atisha erat. Zyon hanya ketawa kecil.
" Lol kau jangan nak buat muka cemberut gitu lah Noah, dah dah lah. Kau juga yang letak isteri kau kat sini. Nah ambil balik bini kau balik," usik Zyon tergelak lagi. Memang sudah diketahui sikap Tengku Noah yang kuat cemburu.
Atisha hanya menggeleng kepala.
Sesudah Tengku Noah memastikan isterinya dan anak anak didalam kereta yang disediakan Aiden, sekali lagi dia mengucapkan terima kasih kepada Aiden serta keluarga yang telah menjaga Atisha selama 3 bulan. Putera Amar hanya mengiringi pemergian kereta itu dengan senyuman ringkas, dimana dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
" Atisha merana. Aku tahu dia memang terpaksa kahwin dengan aku sebab dia dah terlanjur berjanji."
Tengku Noah mengeluh.
" Aku sayangkan dia Amar. Aku cintakan dia. Terlalu mencintai dia. Aku sanggup larikan dia sekarang juga kalau kau nak teruskan pernikahan ini. Aku dah tak kisah pasal takhta aku. Aku langsung tak kisah. Aku boleh bawa dia ke mana mana, hidup sebagai rakyat biasa pun aku boleh, asalkan dia bersama aku."
Putera Amar menggeleng kesal mendengar kata kata Tengku Noah.
" Kau ni gila tahu tak. Kau lari dari treatment semata mata sebab ini?

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...