I would never fall in love until I found her
Tengku Noah berjalan masuk ke istana dengan seribu satu rasa. Rasa marah, rasa sakit hati, rasa dikhianati, rasa aneh dan rasa geram yang bercampur baur berkitar dalam dirinya menunggu masa untuk dilaharkan.
Kenapa sampai sekarang bondanya masih mahu masuk campur dengan urusannya? Itu adalah isterinya yang dimalukan seluruh negara. Trending sekali lagi nama Atisha serta kisah dirinya yang dikatakan perampas kembali, biarpun sudah ditunjukkan bukti sijil nikah serta tarikh nikah mereka. Dua tahun lepas mereka bernikah!
Tengku Noah sudah melarang Atisha dari melayari media sosial, internet mahu pun menonton televisyen. Telefon bimbit juga diambil seketika. Dia tidak mahu isterinya tertekan. Dia tidak mahu isterinya menangis lagi. Biarpun tindakannya kali ini memang betul betul mengongkong isterinya, tetapi dia terpaksa demi menjaga kesihatan mental Atisha.
" Tuanku Putera," sapa penjaga istana Butler Jimmy. "Selamat pulang."
" Mana Permaisuri Tengku Mariah?" Soal Tengku Noah tidak mempedulikan sapaan Jimmy.
Jimmy menunduk hormat. " Di balai santai, sayap Timur, Tuanku."
Tengku Noah mengangguk lantas kakinya diayunkan ke sayap Timur.
Dari jauh kelihatan terdengar sedikit bunyi bising menyebabkan Tengku Noah mengerut dahi. Semakin dia mendekat, semakin kuat suara tengkingan dan jeritan. Apa sudah jadi?
Kelihatan Tengku Aidan dan Permaisuri Tengku Mariah sedang bertengkar. Masing masing berwajah merah menahan marah.
" You are the worse mother Bonda. You should not make that." Dalam suara Tengku Aidan menuturkan kata, dadanya kelihatan berombak.
" Apa yang aku buat semua untuk kebaikan anak anak aku Aidan. Aku tak nak anak anak aku terjebak dengan cinta entah apa apa. Noah sepatutnya fikir tentang tanggungjawabnya sebagai Putera Mahkota! Bukan nikah senyap senyap lepas tu membuntingkan anak orang!" Jerit Tengku Mariah.
" What? Kebaikan? Kebaikan apa sampai bonda sanggup bagi Proxene dekat Noah?? Aidan menyesal bersetuju dengan bonda masa tu. Aidan tak tahu sampai macam ni bonda sanggup buat Noah macam tu! That is your 1st child bonda. My brother!"
Tengku Mariah merenung tajam.
" Kau diam Aidan, kau tak tahu apa apa. Semuanya aku tanggung seorang diri!!" Lantang jeritan Tengku Mariah kali ini mengejutkan semua yang berada dalam istana.
Tengku Noah berjalan masuk dengan tenang sambil berpeluk tubuh. Tengku Mariah memandang figura anaknya sambil tersenyum sinis.
" Finally kau balik juga lepas bonda bercakap kat tv ye."
Tengku Noah hanya mengangkat kening. Marahnya ditahan sesungguhnya kali ini.
" Mungkin nanti bonda nak kena announce siap siap dulu baru kamu balik."
Tengku Noah hanya duduk di sofa sambil menyilang kaki. Wajahnya tenang namun tampak dingin. Tidak tergugat dengan sindiran Tengku Mariah.
"What do you want bonda?"
Tengku Mariah mengambil tempat berhadapan dengan Tengku Noah. Jarak mereka hanya dipisahkan oleh meja. Tengku Aidan pula berdiri berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
CasualeBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...