20

12.8K 418 14
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Eiman membelek belek gambar gambar di hadapannya dengan rasa terkejut. Matanya mencerlung ke arah seorang lelaki yang duduk di hadapannya, tenang.

" Kau biar betul Fakhrul? Tengku Noah bukan jenis macam ni. Aku kenal itu abang aku," kata Tengku Eiman mencampakkan gambar itu di atas meja. Ketika itu mereka berdua di dalam pejabat Tengku Eiman.

Fakhrul menjungkit bahu sambil mencebik bibir. Lebih dari itu dia dah tengok.

" Aku tak kisah kau nak percaya ke tak, tapi itu hasil usaha aku selama seminggu termasuk menyorok dari pengawal pengawal dia tu tahu tak. Bapak ramai bodyguards kat mansion dia, macam simpan senjata. Apasal pergi letak ramai sangat?Macam ada sesuatu je ," balas Fakhrul sambil mengunyah chewing gum. Terpaksa kerana dia dalam proses berhenti merokok.

Tengku Eiman memandang ke sisi Fakhrul seolah memikirkan sesuatu.

" Selama 26 tahun aku hidup, inilah kejutan paling ekstrim yang pernah aku terima. Sebab aku tak pernah terfikir yang abang aku akan simpan perempuan dalam rumah dia."

Fakhrul menghela nafas sambil merenung gambar gambar mesra Putera Mahkota.

" Apa yang aku boleh simpulkan, dorang terlebih mesra. Macam..err..macam dah nikah," spontan Fakhrul menberikan komen. Ya, sebab memang ketara. Kan dah kata, Fakhrul dah tengok lebih dari itu ketika mengintip tempoh hari.

Tengku Eiman menelan air liur, terasa kesat. Kalau diukur tahap gila abangnya, kemungkinan pendapat nikah rahsia itu mungkin boleh dipakai. Sebab dia kenal, abangnya memang akan usaha sampai dapat kalau dia hendakkan sesuatu. Baik atau buruk.

Dan ini, boleh menjadi masalah besar dalam urusan penyerahan takhta nanti. Sudah tentulah bondanya akan menentang semua ini. Dia tahu bondanya akan melakukan apa sahaja demi kepentimgan dirinya. Demi kepentingan takhta.

Dia mahu melindungi wanita itu. Wanita yang dipeluk erat oleh Tengku Noah seperti dalam gambar yang dilihatnya sekarang. Wanita itu pasti istimewa orangnya bagi Tengku Noah sendiri. Tapi sebelum itu..

" Fakhrul, kau siasat balik and comfirmkan status wanita itu."

———————————————————————————

Tengku Aidan memerhati sahaja urusan jual beli di hadapannya. Matanya tajam melihat jenis dadah yang sampai dipelabuhan Glasgene sebentar tadi.

" Tuanku, dah settle dah semua penghantaran hari ini. Nanti patik semak semula lokasi agihan," kata Nazeef Imran sambil memegang satu senarai. Tengku Aidan mengangguk.

" Good, geng yang lain pun dah get ready nak dapat supply. Kau kira dulu then bagitahu aku hasilnya macam mana," balas Tengku Aidan bersetuju.

" Baik Tuanku," Nazeef hanya tunduk hormat.

" Zeef, aku nak balik istana dulu, malam ni aku tak ke base kita. Aku kena mengadap abang aku dulu," kata Tengku Aiden sambil berjalan ke motor kesayangannya. Pembantunya yang setia menunggu di sebelah motor menyerahkan suit hitam dan helmet berwarna hitam.

" Baik Tuanku. Arahan diterima," kata Nazeef sambil berdiri tegak seolah ingin memulakan kawad. Tengku Aidan hanya menarik senyum sekilas.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now