68

8.5K 375 32
                                    

I would never fall in love until I found her

I don't relate to you
I don't relate to you, no
'Cause I'd never treat me this shitty
You made me hate this city

And I don't talk shit about you on the internet
Never told anyone anything bad
'Cause that shit's embarrassing, you were my everything
And all that you did was make me fucking sad
So don't waste the time I don't have
And don't try to make me feel bad

You ruined everything good
Always said you were misunderstood
Made all my moments your own
Just fucking leave me alone

Tengku Noah mengerling ayahandanya yang sedang minum air mineral dari botol di atas meja. Nampak dahaga sungguh.

" Ayahanda dapat panggilan menyatakan kamu tak hadir economy conference dua hari lepas. Kenapa?"
Soal Tengku Raden, dia berdehem seketika, tekaknya terasa perit tiba tiba.

" Saja," sepatah Tengku Noah membalas. Rasa bencinya yang merebak ditahan sehabis boleh.

Tengku Raden mengerut dahi. Berani Tengku Noah menjawab begitu?

" Kamu jangan macam macam Noah." Kata Tengku Raden, keras. Nada seperti mahu mengugut.

Tengku Noah tersenyum sinis. " Kenapa ayahanda? Apa lagi yang ayahanda ingin lakukan jika Noah tidak ikut arahan ayahanda? Bunuh?

Tengku Raden mengetap bibir. "Apa maksud kau Noah?"

Tengku Noah mengeluarkan iPad dan menunjukkan skrin yang memaparkan satu keratan akhbar. Tengku Raden mempamerkan wajah tidak beriak.

" Apa ni?" Soal Tengku Raden senada.

" Insiden pembunuhan 29 tahun dahulu," kata Tengku Noah ringkas. Tengku Raden terkedu terus dengan jawapan anaknya.

" Nak Noah bacakan? Incase kalau ayahanda tak nampak," ujar Tengku Noah selamba. Puas hati melihat wajah Tengku Raden yang seolah olah hilang kata kata itu.

Tengku Noah mengambil semula iPad dan mula menyentuh skrin.

"Satu mayat mengerikan dijumpai di Pergunungan Sandy". Satu satu tajuk besar itu dibaca Tengku Noah kuat.

Mata Tengku Noah mengerling Tengku Raden yang terdiam.

Tengku Noah berdehem, sengaja.

" SEORANG lelaki anggaran usia 30 an ditemui mati di dalam dalam satu kawasan semak selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di perkampungan setinggan Kampung Forest, Pergunungan Sandy, Utara Glasgene.

"Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner Syed Fuad Syed Malek berkata, lelaki itu dipercayai mati dibunuh berikutan penemuan luka cekikan dan kelaran seluruh badan. Anggota tangan dan kaki hilang ketika ditemui dan polis sedang mencari cebisan bahagian itu. Tiada senjata pembunuhan ditemui."

Tengku Noah tersenyum sinis setelah habis membaca perenggan itu. Dia melihat Tengku Raden yang seolah olah cuba mengekalkan riak tegang. Tetapi dia dapat lihat, mata ayahandanya yang seolah menyembunyikan cemas.

"Tiada senjata pembunuhan ditemui? Hmm.."
Tengku Noah membuat riak muka seolah berfikir.

" Pandai betul Ketua Polis Negeri kita spin cerita ye."

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now