I would never fall in love until I found her
Majlis pernikahan akan bermula 10 minit sahaja lagi. Masing masing sudah mengambil tempat. Kelihatan Putera Amar dengan sepersalinan putih sedondon dengan Atisha Humaira sudah bersedia dihadapan kadi dan juga saksi di kiri dan kanan.
Kelihatan Adrian Hilman juga berada di pentas akad nikah tetapi dia enggan mewalikan adik perempuannya. Katanya dia akan terangkan mengapa sekiranya dia bersedia. Mahu tak mahu Atisha terpaksa menggunakan wali hakim.
Pelamin cantik berkonsepkan white fairy terletak gah di sudut sana. Atas permintaan pengantin lelaki, pelamin itu ditutup dengan tirai putih, yang menempatkan Atisha, pengantin perempuan di sebelah tirai itu. Aurora juga turut menemani pengantin perempuan itu. Kata pengantin lelaki, dia tidak mahu kecantikan Atisha menjadi tontonan ramai, semua itu hanya untuk dirinya sahaja.
Atisha akur. Entah mengapa dia teringat saat pernikahan rahsianya dengan Tengku Noah, lelaki itu meminta perkara yang sama. Tengku Noah juga tidak suka isterinya menjadi tontonan ramai.
Teringat lagi. Atisha mengeluh. Lupakanlah Atisha. Sudah tiada ruang untuk berpaling.
Majlis dimulakan dengan sesi ceramah mengenai tanggungjawab suami dan isteri, dosa dan pahala serta kebaikan dalam perkahwinan. Sempat lagi kadi mengusik sedikit sebanyak menghiburkan tetamu yang hadir.
Oh ya tempoh hari Atisha berjumpa dengan kedua ibubapa Amar, Evan dan Tilia. Keduanya sangat baik dan langsung tidak menunjukkan sikap negative. Lega Atisha sekejap kerana dirinya diterima baik.
" Okay selesailah dengan semua ceramah ini, jadi kita mulakan la ya."
Suasana senyap sekejap. Atisha menahan rasa debar, sambil tangannya digenggam erat oleh Aurora.
" Oh, pengantin lelaki tidak mahu pertanyaan kesudian tu ya. Baik,kita terus ke akad ya." Ujar kadi dengan suaranya terdengar kuat di kawasan ruang santai istana Erovra. Mungkin kerana disebabkan microphone yang digunakan.
Suasana senyap lagi. Kelihatan kadi berdehem kecil.
Inilah masanya. Atisha menunduk dan memejam matanya erat.Tuhan, berkatilah kami dalam perkahwinan ini. Semoga aku memperolehi kebahagiaan hakiki untuk kali ini. Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang baik. Pimpinlah kami....
" Tengku Noah Mikael bin Tengku Raden."
Atisha mendongak laju. What?
Bukan ke itu nama sebenar Tengku Noah?
" Ya saya."
Ya..itu suara Tengku Noah Mikael. Itu suara yang sangat dirinduinya.
Atisha berpaling ke arah Aurora yang tersenyum manis kepadanya. Ini semua rancangan prank kah?
" Aku nikahkan dikau dengan Atisha Humaira binti Arash Hamizan berwalikan hakim dengan mas kahwinnya dua jongkong emas harga semasa."
Hampir jatuh rahang Atisha saat itu.
" Aku terima nikahnya Atisha Humaira binti Arash Hamizan berwalikan hakim dengan mas kahwinnya dua jongkong emas harga semasa."
"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulillah."
Setelah membaca doa, kadi mula berkata.
" Dengan kuasa yang diamanahkan padaku, dengan ini aku isytiharkan keduanya Tengku Noah Mikael bin Tengku Raden dan Atisha Humaira binti Arash Hamizan, sebagai suami isteri."
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...