69

9.4K 356 22
                                    

I would never fall in love until I found her

FLASHBACK 6 JAM SEBELUM

Susuk gadis jelita ini direnung. Terkejut juga Atisha apabila wanita ini bertegas untuk berjumpa dengannya, sedangkan dia tidak kenal siapa gadis anggun itu.

" Saya Puteri Sarah, anak pemerintah Farland."

Oh! Inilah gadis yang bakal berkahwin dengan Tengku Noah. Yang akan menggantikan tempatnya disisi Tengku Noah.

Memikirkan perkara itu, hatinya pedih. Sakit bagai disiat siat. Luka yang terhasil dan ditutup pula dengan luka baru, sangat terasa setiap saat. Torehan yang terlalu dalam, sehingga tidak dapat sembuh sendiri.

" Can we talk? Privately?" Kata Puteri Sarah sambil merenung Atisha. Lawa, nampak sopan, patutlah Tengku Noah tergila gilakan isterinya. No wonder.

Atisha menukar pandangannya melihat Putera Amar yang berdiri jauh seolah meminta pendapat. Putera Amar mengangguk kecil.

" Awak boleh Tisha? Saya keluar dulu kalau awak okay," soal Putera Amar meminta kepastian. Atisha mengangguk.

" Saya letakkan pengawal dihadapan pintu. Ada apa apa, panggil je saya."

Lantas Putera Amar keluar dari bilik pejabat Aiden dalam istana, memberi ruang kepada dua wanita ini berkata kata.

Suasana senyap seketika. Puteri Sarah menghela nafas. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan.

" Atisha, awak bahagia?"

Tersentak Atisha mendengar soalan pertama yang keluar dari mulut Puteri Sarah. Bahagia? Rasa yang sudah lama tidak dirasa sejak dia diceraikan oleh Tengku Noah tanpa sebab.

" Maaf, tapi saya rasa saya tak patut tanya awak soalan macam tu," kata Puteri Sarah lagi, menunduk. Serba salah terlukis di wajahnya. Dia bertekad untuk datang ke sini demi satu sebab. Demi Tengku Noah. Tengku Noah harus bahagia.

Atisha menghela nafas.

" Kenapa awak datang ke sini?"soal Atisha.

Puteri Sarah mengangkat wajahnya, dan tiba tiba memegang tangan Atisha.

" Izinkan saya untuk menjadi isteri Noah."

Atisha menghela nafas lagi. Bibirnya seolah menggigil. Tidakkah kau tega wahai perempuan, melakukan terhadap perempuan lain demi sebuah cinta kau. Hati ini yang telah terluka, kau toreh dan toreh lagi.

" Saya rasa ia tak ada kaitan dengan saya Sarah. Saya sudah bercerai dengan Tengku Noah, tiada apa lagi urusannya yang berkaitan dengan saya."

Puteri Sarah memegang erat tangan Atisha lagi bagai tidak mahu dilepaskan.

" Noah mencintai awak Tisha. Saya tahu tiada yang dapat menggantikan tempat awak dalam hatinya. Even saya sendiri. Awak cinta pertamanya, dan mungkin cinta terakhirnya," ujar Puteri Sarah, sedikit sayu.

Entah mengapa Atisha merasa lebih sakit mendengarnya.

" Dia tidak mengingati saya Sarah, dia hilang ingatan. Dia ceraikan saya dalam keadaan dia tiada ingatan langsung tentang saya."

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now