31

9.4K 460 20
                                    

I would never fall in love until I found her

Masa sekarang

Tengku Noah sedang giat menemani isterinya Tengku Ayla Alyssa di restoran sushi yang memang dikosongkan khas untuk pasangan diraja itu datang bersantap.

Namun Tengku Noah hanya meleret iPad dengan selamba, tidak berminat dengan makanan Jepun itu. Sementara isterinya masih berselera menelan beberapa jenis sushi hadapan mata.

" Sayang jangan makan gelojoh sangat nanti tercekik pula," kata Tengku Noah sambil matanya asyik melihat skrin.

Tengku Ayla tersengih. Rasa bahagia.

" Sorry bie, I dah lama tak makan sushi ni. Sedap sangat," ujar Tengku Ayla membetulkan tempat duduknya.

Tengku Noah mengangguk.

" Bie, bila majlis penyerahan bantuan banjir tu?" Soal Tengku Ayla berbasa basi. Ingin memancing suaminya untuk berbual.

" Esok petang, kenapa?"

" I nak ikut juga okay ke?" Soal Tengku Ayla dengan pandangan berharap. Tengku Noah mengerut dahi.

" You biar betul sayang. Selama ni tak de pulak you nak ikut I ke majlis macam ni. Kenapa tiba tiba pulak ni?"

Tengku Ayla tarik muka.

" You perli I ke? Hmm lagi pun bonda dah cakap ini semua sebagai persiapan sebagai seorang Permaisuri. I kena ambil hati rakyat if I nak jadi seorang Permaisuri yang disayangi. Benda yang I tak suka pun I kena jadi suka, so terpaksa lah," ujar Tengku Ayla selamba sambil mengambil sushi terakhir.

Tengku Noah tersenyum sinis. " Oh rupanya dengar cakap sekutu you la ye."

Tengku Ayla memandang hairan. " Sekutu?"

" Yelah, bonda I. Sekutu you." Tengku Noah ketawa kecil.

" Bieeee..you ni." Tengku Ayla berpura pura marah, padahal terasa ingin ketawa juga. " So macam mana? You okay tak I nak ikut esok?"

" Okay je.. boleh you kenal kenal macam mana nak handle duty and bawa diri as a future Queen," kata Tengku Noah, mengambil air jus oren di hadapannya untuk diminum.

" Kat mana dah bie majlis tu?"

" Kat kampung Obedia, selatan Scolia sana."

———————————————

Suasana dalam kereta hanya senyap . Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke kampung Obedia bagi majlis penyerahan bantuan banjir untuk rakyat yang terjejas teruk akibat banjir tempoh hari.

Bagi Tengku Noah suasana dalam kereta itu lah benar benar memberi ketenangan pada dirinya. Kerana disitu lah tempat dia tidak perlu berpura pura.

" Bie.. lambat lagi ke?" Soal Tengku Ayla mula memegang tangan suaminya yang sedang mengelamun. Tetapi ditepis kasar oleh Tengku Noah.
Tengku Ayla mengeluh. Sebab itu dia tidak suka berdua sahaja dengan Tengku Noah, kerana itulah sikap sebenar suaminya kepadanya.

" Bie..janganlah..."

" How many times should I tell you Ayla? Jangan mesra sangat lah dengan aku kalau berdua macam ni. Aku tak suka..," dingin sahaja suara Tengku Noah berbicara.

Tengku Ayla menunduk. Kenapa susah sangat suaminya membuka hati untuk mencintainya? Usia perkahwinan 7 bulan sama sekali tidak mengubah sikap Tengku Noah terhadapnya. Kasar, dingin malahan paling teruk, dia seolah dibenci oleh suaminya sendiri.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now