35

12.9K 424 9
                                        

I would never fall in love until I found her

Walau setelah menerusi sesi terapi dengan Physiotherapist dan Occupational Therapist, keadaan Tengku Sarimah masih sama, mungkin kerana usianya sudah lanjut. Atisha terpaksa mengatur sesi family conference dengan keluarga Tengku Sarimah. Pada mulanya dia meminta rakan setugasnya untuk menukar kes, tetapi pada akhirnya dia teruskan juga atas dasar profesionalism.

Mengikut prosedur dan polisi, Atisha perlu berjumpa dengan keluarga pesakit bagi sesi soal jawab berkaitan penyakit dialami. Itu namanya family conference.

Bilik perbincangan di wad Mokara menjadi tempat family conference bakal dijalankan. Dia sudah bersiap sedia sejak semalam bagi menghadapi ahli keluarga Tengku Sarimah yang secara hukum, juga merupakan ahli keluarga suaminya.

Tangan dirasa cukup sejuk. Apantah lagi hatinya yang berdegup kencang. Siapakah wakil keluarga yang datang nanti?

" Dr Atisha, keluarga Tuanku Tengku Sarimah sudah sampai."

Atisha mengangguk perlahan. Nafas dihela dan dia melangkah keluar dari bilik pejabat Medical Officer menuju bilik perbincangan.

————————————————

Lelaki ini. Dia kenal. Adik Tengku Noah, iaitu Tengku Eiman. Dan siapa pula sebelah dia ni?

Bilik perbincangan itu seakan berbahang hebat yang tidak diketahui sebabnya. Entah mengapa Atisha merasakan hujung perbincangan ini tidak akan menemui noktahnya.

" Assalamualaikum, maaf saya menganggu masa Tuanku sekalian. Saya Dr Atisha Humaira, antara doktor incharge bagi Tuanku Tengku Sarimah. Boleh saya tahu nama Tuanku sekalian? Sebahagian dari prosedur kami," kata Atisha sambil menunjukkan satu borang.

Dia perlu mengisi nama yang terlibat dalam family conference berserta tandatangannya. Salinan itu sah jika ada isu berbangkit sekiranya kes ini menjadi kes medicolegal ( kes mahkamah).

Kedua lelaki yang berwajah dingin itu terdiam sebentar.

" Saya Tengku Eiman..dan ini Tengku Aidan, adik saya.."

Atisha mengangguk sambil menulis nama di dalam borang tersebut dan menandatangan borang itu. Segera ditolak tepi borang itu.

Atisha segera menerangkan tujuan dan maksud dia memanggil penjaga dalam family conference ini. Dia juga menerangkan tentang kondisi Tengku Sarimah, prosedur yang mereka jalankan serta keputusan yang diperolehi. Segalanya telus tanpa ada hidden things.

" Jap, Dr kata ada old fracture pada moyang saya? Macam mana boleh jadi macam tu?Sejak bila?" Soal Tengku Aidan bingung.

Atisha mengemam bibir cuba berhati hati menyusun kata. Bimbang perkara ini boleh terjadi salah faham.

" Ya betul Tuanku. Menerusi X ray yang kami jalankan, fracture itu mungkin terjadi dalam 3,4 tahun dahulu."

Tengku Aiden mengerut dahi. " Nonsense. Takkan lah Nenda langsung tak sakit? Kita tak ada nampak pun dia macam tu selama ini."

Atisha terdiam. Dia mengeluarkan salinan X ray dari satu sampul coklat yang besar.

" Ini salinan X ray Tuanku Sarimah bagi bahagian kaki kirinya. Tengok alignment dia tak sama, tapi dah timbul callus, sebab itu dah tak boleh betulkan. Lagi pun usianya yang makin lanjut menyebabkan bone marrow dia tidak tumpat seperti dahulu. Tulangnya mudah patah walau dia bedridden sekali pun, jadi agak sukar nak bagi dia bergerak semula," jelas Atisha.

Tengku Eiman mengangguk angguk sambil menelek X ray itu. Wajahnya masih dingin seperti tadi.

Tiba tiba pintu bilik perbincangan diketuk ketuk.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang