I would never fall in love until I found her
Terasa seperti dejavu berada dalam majlis makan malam ini. Bezanya hari itu di Istana Scolia dia menyorokkan diri dari suaminya sendiri, tetapi kali ini dia terasa ingin menyorokkan diri dari bonda Tengku Mariah yang mencerlung memandangnya dengan pandangan marah.
Tetapi Atisha perasan, pandangan marah Tengku Mariah tidak seberapi pertemuan terakhir mereka yang menyaksikan Atisha ditampar. Ada satu rasa lain dalam renungan matanya, yang Atisha kurang pasti.
Seperti satu rasa kesal atau simpati.
Suasana riuh pun tidak menggugat janji Atisha untuk menjadi good girl bagi suaminya. Dia hanya diam dan sekali sekala membalas senyuman. Tengku Noah sudah memberi amaran di villa sebelum bertolak ke istana.
" Jangan bercakap dengan mana mana lelaki sekali pun. Tak payah tunjuk ramah sangat. Abang tak suka. Jawab apabila abang benarkan sahaja. Be a good girl for me."
Itu lah kata kata suaminya tadi. Secara tidak sedar Atisha melepas keluhan. Nasib betul.
" Kak, kenapa?" Soal seorang gadis muda yang duduk disebelah kanannya. Dia hampir terlupa akan kewujudan gadis itu sejak tadi. Atisha berpaling di sebelah kirinya, kelihatan Tengku Noah sedang sibuk berborak dengan ayahandanya.
Mungkin jika dia membalas, tiada apa kan? Lagipun dia tidak dibenarkan untuk bercakap dengan lelaki. Bukan perempuan.
" Er tak ada apa apa. Teringat anak anak," sopan Atisha menjawab. Tetapi siapa gadis ini? Rasa pernah dilihat.
" Lupa nak kenalkan diri. Saya Tengku Insyirah, anak bongsu dalam keluarga ini, merangkap adik ipar akak," jawabnya sambil melemparkan senyuman.
Oh, ya ya..Atisha terlupa.
" Hai Insyirah, akak Atisha Humaira."
Tengku Insyirah tersengih. " Tahu, akak kan pernah datang sini masa nak merawat nyang nenda hari tu. Insyirah kenal akak, tak sangka akak masa tu dah berkahwin dengan abang Noah."
Atisha tersenyum tipis. Yelah, kahwin paksa.
" Kejap lagi akak nak tengok nyang tak?," pelawa Tengku Insyirah. Atisha mengerut dahi, masalahnya suaminya itu benarkan atau tidak?
"Takut abang tak bagi ke? Tak pe Insyirah maklumkan kepada abang, jangan risau," senyum sahaja adik iparnya itu menampakkan barisan gigi cantik.
Atisha mengangguk, kurang pasti suaminya akan benarkan atau tidak.
" Pengumuman kedatangan." Jimmy mula bersuara.
" Ketibaan Raja Pemerintah Erovra, Raja Aiden Alexander Evan dan Permaisuri Erovra, Permaisuri Aurora Lilly, beserta Menteri Penguasa Pertahanan merangkap adinda Raja, Putera Amar serta delegasi wakil dari Erovra."
Melihat kesemua di meja makan berdiri menyambut kedatangan, Atisha turut sama berdiri. Baru kini dia melihat figura yang terkenal itu. Berita tentang perkahwinan Putera Aiden dengan pasangannya memang famous masa tu, dan berlangsung betul betul sebelum perkahwinan rahsianya.
Diakui memang kacak betul Raja Aiden , dan sangat padan dengan wanita anggun di sebelahnya, mungkin ini Permaisuri Aurora Lilly. Kecil molek seperti dirinya dan tampak muda. Cantik sangat. Dan kelihatan ceria.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...
