30

13.7K 430 22
                                        

I would never fall in love until I found her

Flashback🗣️

2 tahun sebelumnya..

Hampir seminggu Atisha menghilangkan diri, selama itu juga Tengku Noah mencari isterinya itu. Kerja kerja dipejabat tidak dihiraukan, malah Tengku Eiman terpaksa memangku tugasan sebagai CEO sementara kerana tingkah laku abangnya yang sungguh aneh dan pelik baginya.

Luke dibelasah teruk kerana kecuaiannya dalam menjaga Atisha, manakala Mak Som digantung tugas selama 2 minggu. Kenapa isterinya itu mudah betul lari? Sedangkan dia memeriksa kamera CCTV, memang tiada langsung tanda tanda Atisha melarikan diri.

" Arghhh.." rambutnya ditarik, mahu melepaskan sahaja apa yang terbuku di hatinya. Ketika itu dia berada di mansion, di bilik kerja, sedang menikmati enaknya red wine, air kencing syaitan.

" Mana kau pergi sayang? Kenapa tinggalkan abang?"

" Kan abang cakap, jangan tinggalkan abang..sayang nak abang potong kaki sayang ke? Atau potong tangan sayang biar sampai bila bila sayang tak boleh lari.." sinis dia ketawa nyaring, mungkin terasa lucu dengan kata kata sendiri.

" When I found you, i will make sure you can't run anymore baby..i promise."

Wine itu diteguk sekali gus dan dihempas ke atas meja kerja. Kakinya dilunjurkan ke atas sisi meja itu sambil tangannya menopang kepala. Dia tenggelam dalam lamunan tentang isterinya. Sekali sekala dia tersenyum seorang diri.

" My perfect star, Atisha Humaira." Tanpa sedar dia menuturkan.

Tiba tiba air matanya bergenang. Terasa kosong hidupnya. Terasa sunyi ruangnya. Selama ini dia banyak dikekang kebebasan dek statusnya sebagai Putera Mahkota. Hanya semasa zaman sekolah dan universiti, dia menjadi diri sendiri tanpa dibayangi oleh status itu.

10 tahun, hanya bayangan si mata hitam pekat dan berwajah bujur sireh itu sahaja yang banyak menemani dan menyedarkan dirinya, bahawa ada seseorang yang menunggunya di Genovia. Seseorang yang telah pun menjadi suri hatinya.

" Atisha, kenapa tinggalkan abang?" Air mata jantan Tengku Noah mengalir tanpa diseka.

" Atisha tak sayangkan abang ke?" Kaki gelas wine itu dipegang dan digenggam erat.

" ARGH...AKU CINTAKAN KAU ATISHA! 10 TAHUN AKU TUNGGU KAU.. 10 TAHUN!!! KAU MEMANG DASAR TAK GUNA.. BERANI KAU LARI TINGGALKAN AKU.. ARGHHHH...."

PRANG..

Jeritan Tengku Noah disusuli kaca gelas pecah yang dihempas ke dinding memenuhi ruangan bilik kerja Tengku Noah.

Rasa mabuk makin menguasai. Dia mengambil satu lagi gelas dan mengisi dengan arak wine yang baru sahaja dibuka botol kaca baru.

Tengku Noah sangat jarang menyentuh alkohol. Tetapi lifestyle di luar negara serta hubungan sosialnya yang banyak dikalangan bangsawan negara lain menyebabkan Tengku Noah akan mengambil arak sekiranya perlu.

Dia tidak pernah dalam kesedihan dan kekecewaan begini. Alkohol sahaja yang boleh membantu menghilangkan rasa itu sementara.

Sesungguhnya hubungan agamanya jauh dengan Allah.

2 shot arak diminum, dia mendengar bunyi loceng di pintu utama mansion.. Dek kerana Luke masih dihukum di basement, dia terpaksa menapak sendiri menuju ke pintu, yang kini hanya boleh diakses oleh Tengku Noah seorang, setelah kehilangan Atisha.

Entah mengapa dia mengambil tangga sedangkan lif tersedia di tingkat 3.

Dalam rasa mabuk terhuyung hayang, Tengku Noah menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Kaki nya diatur satu satu sambil tangannya erat memegang pemegang tangga. Sekali sekala kakinya terturun 2 anak tangga menyebabkan dia hampir terjelupuk jatuh tapi tangannya sempat berpaut di pemegang tangga.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang