10

16.2K 466 7
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Mariah hanya membatukan diri apabila anak keduanya Tengku Eiman masuk ke kamarnya membawa semangkuk bubur. Bibirnya mengukir senyum, mengingatkan akan Tengku Eiman yang mempunyai leluhur hati yang lembut.

Tengku Noah? Hmm..keras kepala sungguh, sama juga seperti Tengku Aidan. Keduanya memang mengikuti perangai Tengku Sarimah, nenda mertuanya. Orang tua yang nyanyuk itu. Bagus lah dia sudah nyanyuk, kalau tak memang menjegil saja matanya tu. Garang.

" Bonda, makan," lembut Tengku Eiman berbicara mengajak Tengku Mariah.

Wanita itu membatu diri, merajuk.

" Bonda, kalau tak makan lagi lah sakit. Eiman tak nak bonda sakit. Kita makan ye," kata Tengku Eiman lagi memujuk. Tadi dia mendapat panggilan bahawa bondanya menolak semua jenis makanan dan badan bondanya juga agak panas.

Tengku Eiman menjamah dahi bondanya. Memang panas!

" Bonda, Eiman call Uncle Jeet ye datang ke sini?" Kata Eiman sambil mengeluarkan handphone untuk mendial no doktor peribadi keluarga diraja, Dr Surjeet Singh . Mereka juga ada team perubatan sendiri.

"Tak perlu," tolak Tengku Mariah, dingin. " Mana Noah? Kamu dah bagitahu dah ke yang bonda demam?"

Tengku Eiman menggaru kepalanya. " Dah bonda, tapi bonda faham lah Noah tu macam mana."

Tengku Eiman terpaksa berbohong. Sebenarnya dia tidak memberitahu lagi kepada abangnya. Abangnya kelihatan sibuk sejak akhir akhir ini. Tidak apa lah, nanti dia akan maklumkan juga.

" Apa lah yang degil sangat budak tu? Bonda sakit pun dia buat tak endah je. Apa masalah dia?" Rungut Tengku Mariah sambil bangkit dan bersandar ke kepala katil.

Tengku Eiman hanya mendiamkan diri. Takut melalut ke lain dan kemudian bondanya pasti akan naik angin lagi. Tak sanggup dia nak dengar kata kata menusuk Tengku Mariah.

" Call Noah suruh pulang ke istana sekarang!"

Tengku Eiman hanya mengangguk. Nanti sahaja lah.

———————————————————————————-

Seminggu berlalu setelah dirinya diakad menjadi isteri Putera Mahkota.

Dan seminggu itu jugalah dia langsung tidak nampak bayang batang hidung Tengku Noah aka suaminya. Last mereka berjumpa semasa malam pertama. Dan mujur sangat sangat, Atisha period.

Satu keajaiban sungguh. Melihat reaksi suaminya, suaminya seakan kecewa. Atisha pula langsung tidak mengeluarkan kata kata, dan Tengku Noah pula hanya menyuruh dia tidur dan mencium dahinya.

Sedar sedar keesokkan harinya, Tengku Noah dikhabarkan perlu pulang ke rumah keluarganya. Atas sebab apa, dia kurang pasti.

Namun beberapa persoalan bermain dalam fikirannya.

Mengapa perkahwinan ini terlalu ringkas? Keluarganya tidak tahukah? Raja Tengku Raden dan Permaisuri Tengku Mariah tidak tahu kah anaknya sudah berkahwin? Majlis ini tidak berlangsung selayaknya seperti status Putera Mahkota. Terlalu tergesa gesa dan seolah penuh rahsia.

Adakan sebenarnya dirinya isteri tidak diiktiraf? Adakah dirinya isteri rahsia? Adakah sebenarnya berita kahwin mereka langsung tidak diberitahu kepada keluarga diraja? Atau adakah dirinya seakan taraf pelacur kelas atasan? Dikahwini kerana nafsu, bukan kerana cinta?

Astaghfirullah, jauh tersasar sungguh pemikiran.

Tapi kenapa? Atas dasar apa? Tengku Noah sudah cukup dewasa untuk mengetahui restu keluarga sangat sangat penting. Pelbagai salah faham boleh terjadi dengan perkahwinan rahsia ini. Lagipun bukan dia pinta perkahwinan ini. Dia juga mangsa keadaan. Mangsa paksaan.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now