I would never fall in love until I found her
" Now tell me who is bitch Ayla?" Soal Tengku Noah sinis.
Tengku Ayla mengerut dahi melihat gambar gambar ini. Tidak dia tidak pernah melakukan aksi sedemikian. Ini satu perangkap!
" Kau menyundal kat luar terus pun aku tak kisah Ayla sebab aku memang tak kisah pasal kau langsung. Aku tahu je aktiviti kau tu tapi aku tak masuk campur. But you are so annoying lately Ayla. And you do something that I hate so much. ENGKAU DAH MASUK CAMPUR HAL AKU!!!"
Tengku Ayla menggeleng geleng kuat. Dia seolah tergamam. Tengku Mariah pula bulat mata melihat gambar aksi mesra tersebut. Benarkah ini Tengku Ayla?
" No, bonda,ayahanda.. this is a trap! Ayla, Ayla dah tak buat benda ni...." Akibat panik, Ayla tidak sedar dia terlepas kata. Tengku Eiman mengangkat kening.
"Dah tak buat benda ni? So sebelum ni memang buat lah?" Sindir Tengku Eiman pedas. Tengku Aiden ketawa kecil.
" No, I memang tak buat lah. Itu bukan I. Bukan I.." nafi Tengku Ayla. Mulutnya terlopong akibat terlalu terkejut.
Tengku Noah ketawa sinis. Itu memang Tengku Ayla. Tetapi perangkap yang dipasang untuk rusa, harimau pun boleh terkena. Teman lelakinya, juga terlibat. Bukan satu tetapi dua.
Teknik kamera memang membantu. Ditambah sedikit penipuan juga.
Tengku Noah mengetahui kehidupan Ayla yang hipokrit sebelum ini. Di sebalik raut wajahnya yang lemah lembut dan baik hati, tingkah lakunya adalah sebaliknya. Kelab malam, judi dan teman lelaki adalah makanannya. Hanya setelah berkahwin dengan Tengku Noah, Tengku Ayla menghentikan segala kegiatannya serta merta. Tetapi mungkin tak semua.
Kadang ada juga dia melampiaskan rasa ketagih berjudi itu sekadar melepaskan tekanan. Tabiat buruk Tengku Ayla.
Dan dia sunyi kerana Tengku Noah langsung tidak mempedulikannya setelah berkahwin. Dia menjalani hubungan sulit dengan pemilik kelab malam dan juga pengawal peribadinya namun belum sampai ke tempat tidur lagi.
Tengku Aiden lah yang memberitahu segalanya setelah dia mendapat tahu dari pemilik kelab itu sendiri. Memandangkan Tengku Aiden memang terlibat underground sepenuhnya lebih lebih lagi setelah abangnya koma dahulu.
Tengku Noah mengangkat keningnya sinis. Tergagap terus Tengku Ayla melihat gambar gambar itu.
" Macam mana? Mana mulut lancang kau tu Ayla?"
" I..i tak tidur dengan lelaki lain Noah. I tak curang...."
" A liar will always be a liar Tengku Ayla. Your boys dah mengaku salah. You nak nafi lagi. Isy.." Tengku Noah menggeleng kepala.
" Dengan you berjudi lagi..i can see a loser woman in front of me now Ayla," sindir Tengku Noah selamba lagi.
"No i dah insaf Noah, I tak buat benda macam tu pun dah bie,"lirih suara Ayla berkata terdesak.
" Sekarang ni kau yang buat salah Noah, tapi kau blame Ayla pula. Dia dah insaf Noah. Ayla budak yang baik,"Permaisuri Tengku Mariah menyampuk.
Kali ini Tengku Aidan dan Tengku Eiman pula tertawa. Mungkin lucu dipendengaran mereka.
Manakala Tengku Noah mula beriak serius kembali.
" Maaf diterima..but this time i have something to give as a repay." Tajam pandangan Tengku Noah pada Tengku Ayla, pandangan jijik dan benci bersatu.
" Tengku Ayla Alyssa binti Tengku Azhan, bersaksikan seluruh ahli keluargaku, aku Tengku Noah Mikael Tengku Raden, menceraikan kau dengan talak tiga."
Terdiam seisi istana dengan lafaz cerai yang baru dikemukakan oleh Tengku Noah sebentar tadi. Tengku Eiman kaku, tapi dia faham, abangnya memang boleh bertindak luar jangkaan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
RastgeleBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...