76

14.7K 441 5
                                        

I would never fall in love until I found her

"A-abang?"

Terkaku Atisha melihat Tengku Noah berdiri menyandar di pintu bilik mereka. Dia tidak menyangka langsung bahawa suaminya akan pulang awal ke rumah. Tidak sempat dia mahu ke mana mana. Biasanya waktu ini dia akan siapkan menu minum petang dan terus menguruskan anak anaknya pula.

Memang sengaja dia membuat begitu, dia tidak mahu bertembung dengan suaminya. Kadang dia nampak juga wajah suaminya yang sabar menahan marah, tetapi dia juga tidak mahu mengalah. Dia juga reti nak marah.

Atisha perasan pandangan mata Tengku Noah bukan setakat di wajahnya, tetapi diseluruh badan sehingga ke kaki. Baru dia tersedar dirinya hanya bertuala membaluti tubuh.

Tengku Noah berjalan menghampiri Atisha yang kemudian berundur ke belakang, cuba berganjak dari tempatnya. Pergerakannya terhenti apabila belakang badannya menyentuh dinding menyebabkan dia terperangkap di situ.

Tengku Noah meletakkan tangan di dinding antara kedua sisi isterinya, mengurung Atisha di dalam kurungan ciptaan. Dia menunduk sedikit, menghirup bau harum rambut isterinya.

Aduh..lemah jiwanya. Hajat di hati ingin berbincang dengan sang isteri, tetapi nampaknya seperti panjang masanya pula.

Atisha menyedari dirinya dalam bahaya segera meletakkan tangan di dada suaminya, cuba menjarakkan kedua tubuh mereka yang hampir bercantum.

" Kenapa sayang macam banyak elakkan diri?" Bisik Tengku Noah lembut. Bibirnya hampir menyentuh cuping telinga Atisha menyebabkan Atisha mengelak sedikit, kegelian.

Tubuhnya yang sejuk kerana baru selesai membersihkan diri, mula terasa panas pula.

Kepala Tengku Noah mula turun ke pangkal leher putih jinjang milik isterinya, menghirup haruman disitu. Tangannya yang melekat di dinding kedua sisi Atisha segera merangkul pinggang ramping isterinya.

Atisha mengetap bibir menahan gugup.

" Hmm..answer me sayang," bibirnya menyentuh lembut kulit sejuk di leher isterinya. Sengaja.

Dada Atisha turun naik kerana debaran menggila tetapi dia cuba menstabilkan nafas. Bibirnya menggeletar. Silap hari bulan, mungkin ke lain jadinya.

Air liur ditelan. Kesat.

Tengku Noah mengangkat wajahnya memandang isterinya.

" Do you still feel angry about it?" Rahang Atisha dicengkam. Tidak kasar tapi cukup untuk memakukan pandangan mereka.

Atisha tidak menjawab, dan anak matanya melihat liar ke kawasan lain. Mana mana sahaja asal bukan dihadapannya.

" Kan abang dah cakap, pandang abang masa abang bercakap ni Atisha Humaira," tegur Tengku Noah, lembut, tetapi ada tegasnya. Sebab bila sudah dipanggil nama penuh itu, bermakna ianya tidak boleh dibantah.

Bebola mata Atisha segera tepat memandang mata Tengku Noah menyebabkan Tengku Noah tersenyum. Secara drastik, pipi Atisha merona merah. Malu.

"Good girl love. Now tell me." Diusap pipi Atisha yang masih lagi merah merah.

" Tisha mana ada elak dari abang," perlahan sahaja jawapan wanita itu. Gugup dengan pandangan suaminya. Risau. Tangannya mula memeluk tubuh, seakan mahu melindungi.

" Habis tu kenapa sayang macam terkejut tengok abang tadi? Tak jangka ye? Sebab biasanya kalau abang balik, sayang ada je kerja uruskan anak la, basuh baju la, kemas rumah lah, macamla waktu lain tak boleh buat."

Atisha menggigit bibir. Kantoi.

" Jangan macam tu sayang, abang bukan tak perasan. Perasan je, cuma nak tengok marah tu setakat mana. Ni dah 3 hari dah sayang buat macam ni. Dosa tau perlakukan suami macam tu, abang tak suka, Tuhan lagi tak suka." Nasihat Tengku Noah entah bagaimana perlahan meresap ke dalam hatinya, menyejukkan bara yang masih berasap.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang