6

19.7K 663 13
                                        

I would never fall in love until I found her

Tepat jam 7, Atisha selamat sampai ke rumah. Sepetang bersama Syed Izzudin, benar benar membuka kenangan zaman sekolah dahulu. Mana tak nya, Syed Izzudin lah yang selalu menjadi informer kalau ada ambush rampasan barang elektronik.

Maklumlah ketika itu mereka tidak dibenarkan membawa telefon, namun tetap ada juga pelajar yang membawa sorok sorok. Termasuk Atisha.

Pintu dibuka kunci dan dia masuk ke dalam rumah. Segera dikunci semula dan lampu dibuka suis. Masih sama ketika dia tinggalkan rumah tadi.

Lantas dia menukar baju dan mengambil kain tuala, masuk ke bilik air.

Dia tidak menyedari ada seseorang didalam rumah itu. Seseorang yang sedari tadi memerhati tajam. Dia hanya menunggu gadis itu untuk keluar dari bilik air.

Selesai mandi, Atisha membalut tubuhnya dengan kain tuala. Dek kerana dia tinggal seorang diri, dia tidak pernah memakai baju dalam tandas. Pintu tandas dibuka dan dia bergerak terus menuju ke almari untuk mengambil pakaiannya.

Tetapi tiba tiba langkahnya terhenti. Dia perasan akan sesuatu.

Telefon bimbitnya berada tepat atas katil. Sedangkan sepatutnya telefon itu berada dalam beg tangannya. Bagaimana handphone itu boleh berada disitu sedangkan dia tidak bawak keluar sebarang barang dari beg tangan. Malah beg tangannya terus dicampak ke tepi katil sebelum dia masuk ke tandas.

Ada seseorang di sini. Didalam biliknya sekarang.

Rambutnya yang basah dikuak sedikit. Matanya menjeling ke pintu bilik air yang tertutup. Dengan ketakutan yang mula menjalar, dia pantas mengaut handphone dan berlari masuk ke tandas.

Belum sempat kakinya menjejak tandas, pinggangnya seolah diraih oleh seseorang dan dihempas kasar ke atas katil. Atisha yang terkejut besar dihempas begitu cuba untuk bangun semula namun tangannya dinaikkan ke atas dan dikunci. Malah tubuhnya ditindih terus.

Atisha menutup mata, terlalu takut. Dengan keadaan dirinya yang hanya berkain tuala sahaja, dia risau akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mujur dengan hempasan itu, kain tualanya tidak terlondeh.

" Tch..tch..Atisha," seru suara itu,suara yang amat dikenali Atisha. Dia membuka mata melihat siapa lelaki tersebut.

Betapa terkejutnya dia bahawa Tengku Noah yang sedang menindih tubuhnya sekarang. Putera Mahkota negaranya!

" T- tuanku, a-apa yang Ttuanku cccuba buat nih?" Tergagap gagap Atisha bersuara. Cubaan meronta ronta Atisha tidak berjaya, malah dikunci rapat oleh Tengku Noah.

" My kitten turn so wild tonight," suara husky itu berbisik lembut ditelinga Atisha, meremang bulu roma Atisha saat ini.

" Kau ke mana sayang? Pandai kau ambil cuti bila aku suruh kau datang jumpa aku. Kenapa? Nak lari?" Sinis Tengku Noah bertanya, matanya tak lepas memandang bibir merah merekah itu. Bibir yang terlalu ingin disentuh sejak 10 tahun lalu.

Atisha betul betul rasa nak menangis kali ini. Dia benar kali ini, perasaannya benar kali ini. Tengku Noah sudah gila. Atau masih tak hilang gilanya sejak peristiwa di khemah itu.

" Tuanku.. lepaskan saya," lirih suaranya memohon pertolongan. Tapi dipendengaran Tengku Noah, nada itu seksi.

" Apa yang saya buat kat Tuanku? Apa salah saya Tuanku?"

" Syyhhh.." tangan sebelah Tengku Noah naik mengusap wajah Atisha yang sudah banjir dengan air mata. Ibujarinya turun mengusap bibir Atisha yang menggoda itu.

" Kenapa kau nangis Atisha? Jangan nangis sayang, aku tak suka akan tangisan," rahang Atisha dicengkam lembut kerana Atisha mula memalingkan ke arah lain.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang