18

11.9K 371 12
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Noah mengetuk ngetuk jari memikirkan sesuatu. Baru sebentar tadi Luke memberitahu anak Mak Som sering sahaja menjenguk jenguk di belakang pagar berhampiran taman bunga sana. Seperti tercari cari sesuatu. Atau seseorang.

Tengku Noah tahu apa yang dicari oleh lelaki tersebut. Dia mencari kelibat Atisha, isterinya. Mujurlah isterinya sudah tidak duduk disitu lagi. Walaupun Tengku Noah tidak mengeluarkan arahan apa apa pun, tetapi si isteri seolah olah dah reti bahasa. Mungkin dah insaf takut kena lagi.

Tengku Noah kenal lelaki tersebut. Sejak dahulu, ketika Mak Som membawa masuk budak lelaki itu ke dalam mansion keluarga mereka . Mereka tidak sebaya, lelaki itu tua setahun. Walau jarak usia yang dekat ianya tidak merapatkan keduanya. Kerana bondanya Tengku Mariah menghalangnya untuk berkawan dengan orang biasa.

Malahan nama dan pekerjaan lelaki itu juga dalam tangannya. Kapten Adrian Hilman , Juruterbang Tentera Udara Diraja Genevia.

Huh, kerja bawah aku rupanya.

Sememangnya pentadbiran Tentera Udara Diraja Genevia, Tentera Darat Diraja Genevia dan Tentera Laut Diraja Genevia diletakkan dibawah raja terus. Berbanding dengan kementerian lain yang diwakili oleh Menteri, tentera tiada menteri yang mewakili mereka. Direct dibawah arahan Raja Pemerintah Genevia, Sultan Tengku Raden.

Tak lama lagi, akan jadi bawah pemerintahannya sendiri.

Tapi Tengku Noah memutuskan hanya membiarkan dahulu perkara ini. Dia merasakan lelaki ini tidak memberi apa apa ancaman terhadapnya. Yang penting, Atisha dalam genggamannya.

—————————————————————————-

Tengku Mariah menuju ke bilik yang terletak di tingkat 3 sayap timur, sambil tangannya menatang dulang dengan diiringi dayang peribadinya. Sudah menjadi satu rutin, seminggu sekali dia akan melawat gerangan manusia si tua yang kedua dibenci dalam hidupnya, selain seseorang ini, walau si tua itu tidak lagi membahayakannya.

Lagipula dia perlu menjaga imejnya di hadapan suaminya Tengku Raden, yang masih percaya bahawa dirinya sangat menyayangi si tua tak guna ini.

Kenapa tak mampus mampus lagi padahal usianya lebih satu abad!

Dayang peribadinya membuka pintu bilik tersebut, dan perlahan lahan Tengku Mariah menapak masuk ke dalam.

" Macam biasa, jangan bagi ada sesiapa pun dekat dengan bilik ini, faham?" Arah Tengku Mariah tajam.

" Faham Tuanku Permaisuri," ujar dayang peribadinya tunduk sopan. Pintu bilik lantas ditutup.

Satu figura wanita tua sedang duduk di kerusi roda menghadap sliding door balkoni yang terbuka luas, memaparkan hutan hutan hijau yang segar. Wajahnya tidak beriak, kelihatan tenang melihat hutan tersebut.

" Nenda," panggil Tengku Mariah tenang.

Figura tua itu berpusing, jelas wajahnya gembira melihat Tengku Mariah.

" Rose."

Tengku Mariah hanya tersenyum sekilas, kecewa sedikit kerana dirinya masih dipanggil dengan sebaris nama yang lama sudah tiada atas dunia. Tempat teratas dalam senarai manusia yang paling dibencinya.

" Rose."

" Ya nenda," lunak sekali suara Tengku Mariah membalas panggilan nendanya, Tengku Sarimah.

" Rose nak suap nenda?" Soal Tengku Sarimah seakan suka dengan situasi ini. Seakan waktu makan ini adalah waktu yang dia paling gemari sekali.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now