33

15.6K 531 36
                                        

I would never fall in love until I found her

" Oh by the way, where is Dr Atisha? She is the one who comfirm about this news. Is she come?" Soal Raja Shah Aryan cuba memerhati wajah wajah team home visit di hujung meja sana.

Atisha bulat mata. Mampus!

" Oh she is here, beside me," Dr Anaqi menjawab yakin. Dia menyandarkan tubuh ke belakang, menunjukkan tubuh Atisha yang kaku terus di kerusinya. Wajahnya yang putih merah, bertambah merona merah. Dia langsung tidak mengalihkan pandangannya dari pinggan mewah dihadapannya.

" Eh Dr Atisha, why you seat there? Jauh sangat tu. Come, duduk kat tengah ni." Pelawa Permaisuri Adira yang menunjukkan seat di bahagian tengah. Berhadapan dengan Tengku Sofea dan sebelah Tengku Ayla Alyssa.

Dan beza satu tempat duduk sahaja oleh Tengku Noah.

" Eh tak apa Tuanku, saya selesa di sini," tolak Atisha lembut. Tetapi dalam hatinya menggila dia tidak mahu.

Dia juga sudah perasan akan pandangan Tengku Noah menikam tepat di wajahnya. Segera matanya dilarikan, dia panik.

"No, you should come here," kata Raja Shah Aryan, lebih kepada titah arahan la pula. Mahu tak mahu terpaksa Atisha menurut.

Kini tempat duduknya berhadapan dengan Tengku Sofea, dan bersebelahan dengan Tengku Ayla. Tengku Ayla berada di tengah tengah antara Tengku Noah dan Atisha.

"Eh , Dr Atisha..laa you ke? Semalam kita jumpa..Ingat tak I? Plantar Fascitis case? Heels?" Sapa Tengku Sofea yang duduk dihadapannya, ceria menegurnya.

Atisha mengangguk kecil, cuba tersenyum. Ingat! Tapi bukan itu yang utama bermain dalam fikirannya.

Kenapa aku terima pelawaan nak datang sini???

" OMG tak sangka jumpa you kat sini..bagus lah you ni. Doktor yang jelas penerangannya, I yang bukan based medic ni pun faham. Btw cushion gel tu sangat membantu i, baru pagi tadi I pakai tau. See ni pun I tak pakai heels tau."

Atisha mengangguk angguk malu sambil menunduk wajahnya. Kali ini dia juga perasan, lelaki di sebelah Tengku Sofea juga galak merenung tajam ke arahnya. Seingatnya, ini adalah adinda Tengku Noah, merangkap adik iparnya, Tengku Eiman.

Kenal kah Tengku Eiman akan dirinya? Dia tahu kah akan perkahwinan ini?

Kenapa Atisha merasakan ada sesuatu yang tak kena akan Tengku Eiman?

" Oh laaa Sofea, kenal ke? Dia lah yang sahkan I pregnant tadi," kata Permaisuri Adira girang. Raja Shah Aryan hanya tersenyum.

Wajah Tengku Ayla mencuka manakala Tengku Noah ralit melihat wajah si doktor cantik itu. Cantik! Mengingatkan dirinya terhadap satu wajah keibuan di masa lalunya.

Wajahnya berkerut seketika apabila melihat Tengku Eiman juga turut sama memandang Atisha. Kenal kah?

Tapi wajah cantik itu menarik pandangannya untuk terus memaku matanya terhadap Atisha. Dia seolah olah ada aura tersendiri. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ada sesuatu yang terasa hilang dari dirinya.

Siapakah dia? Siapakah Atisha?

—————————————————-

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang