I would never fall in love until I found her
Mesyuarat secara rahsia selesai dengan ditangan Tengku Noah memegang dokumen dan tandatangan para raja pemerintah Negeri dalam negara Genevia.
" Kau yakin kau nak buat semua ni?" Soal Raja Tengku Aryan Shah, Raja negeri Scolia.
Tengku Noah mengangguk. Ini masanya untuk dia menghapuskan perkara perkara mengarut yang ayahandanya telah terapkan dalam pemerintahannya.
Rasuah.
Ugutan
Penghormatan berlebihan
Wang suap
Cukai berlebihan
Perbezaan jurang sosialOrang miskin terus miskin, manakala yang kaya terus terusan bertambah kaya.
Ayahandanya sudah lebih. Sudah lebih dari batasan yang diletak. Hampir 3 bulan dia hanya mengumpul bukti sedikit demi sedikit, sehingga membukit begini, kini tiba masa dia membongkar.
Semua sekali, dari kisah kematian Tengku Rosemarie dan Arash Hamizan serta Tengku Sarimah.
Sesungguhnya ayahandanya sudah gila. Lebih gila yang dijangka. Wajah tenang yang dimiliki Tengku Raden tidak semestinya sama seperti hatinya. Malahan lebih busuk dari bangkai.
" Kalau macam tu, aku support kau. Bagus akhirnya kau bertindak, sebab raja negeri lain semua menikus dengan ayahanda kau. Plus kena rasuah pula. Aku je yang memang tak ambil pusing dengan dia. Kalau kau naik jadi Raja nanti, aku backup 100 dari belakang," ujar Raja Tengku Aryan Shah sambil menepuk nepuk belakang Tengku Noah.
"Thank you bro. Ayahanda aku patut dapat apa yang sepatutnya dari dulu dia dapat."
—————————————————————
Suasana pantai itu terasa sungguh damai. Walaupun kedengaran riuhan para pengunjung yang memenuhi kawasan pantai, Atisha tidak terganggu. Hanya leka melayan perasaan.
Putera Amar disisi khusyuk merenung wanita dihadapannya. Dia dapat merasakan kesedihan yang terlalu sakit dalam diri Atisha. Sedikit perasaan kesal timbul kerana rasa yang dialami Atisha, bukan untuk dirinya.
Kenapalah dia tidak terjumpa Atisha terlebih dahulu sebelum Tengku Noah?Pasti dirinya akan membahagiakan Atisha dan tidaklah wanita itu dalam kesedihan sekarang.
" Itu masa lalu dia Amar. Kini peluang kau untuk bersama dengan dia. Bersama dengan mate yang selama ini kau cari. Tariklah dia dari kesedihannya, tetaplah disampingnya ketika dia dalam kesusahan, gembirakan hatinya seperti tiada hari esok. Inilah peluang kau Amar."
Kata kata dari dalamannya menusuk terus ke hatinya, menyebabkan dirinya seolah olah bertekad akan sesuatu. Dia tahu kali ini dia akan bergaduh besar dengan Tengku Noah kerana mengkhianatinya, tetapi demi Atisha yang mula bertakhta dalam hatinya, dia sanggup.
Atisha miliknya. Selama lamanya.
" Atisha," panggil Putera Amar sambil membetulkan posture. Atisha yang mengelamun kelihatan tersentak.
Dia berpaling dan menjarakkan sedikit kedudukannya dan lelaki itu.
" Ya Tuanku." Sambutnya sopan. Amar menggeleng sedikit.
" Please jangan guna panggilan tu Tisha. Rasa jauh pula," kata Amar, menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Atisha hanya membiarkan kata kata itu berlalu, dia tidak mahu ambil pusing sangat. Sekadar panggilan je kot.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...