72

11.4K 397 35
                                        

I would never fall in love until I found her

DUA HARI SEBELUM PERNIKAHAN

Tengku Eiman dan Atisha sedang duduk berhadapan. Ketika ini mereka berdua sedang duduk di perpustakaan istana. Perpustakaan itu terletak jauh dari bilik bilik serta ruang keramaian dalam istana jadi tiada siapa yang boleh mendengar perbualan mereka sesuai dengan permintaan Atisha.

Keduanya saling memandang dengan riak wajah berbeza. Tengku Eiman menarik senafas dan menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat.

" Nah, untuk kau."

Atisha merenung sampul surat itu dengan pelbagai rasa. Perlahan tangannya mengambil sampul itu dan membukanya. Ada beberapa helaian kertas. Segera dia mengambil dari dalam sampul itu dan membaca perkataan yang tertulis dalam helaian tersebut.

SURAT PERAKUAN PENCERAIAN
Tengku Noah Mikael Tengku Raden dan Atisha Humaira Arash Hamizan.

Bergenang air mata namun ditahan agar tidak tumpah.

Dia melihat satu lagi helaian kertas, yang kali ini agak tebal.

SURAT PERAKUAN NIKAH
Tengku Noah Mikael Tengku Raden dan Atisha Humaira Arash Hamizan.

Inilah sijil nikah dia dahulu. Sijil nikah dia yang pasti disimpan oleh Tengku Noah sendiri kerana status kerahsiaan. Sijil nikah yang membuktikan mereka berdua adalah sepasang suami isteri.

Tapi untuk apa semua ini? Tiada apa yang perlu difikirkan lagi dah.

Dia mengambil sampul coklat itu dan melihat ada sedikit lekuk di bahagian bawah. Atisha mula memusingkan bukaan sampul itu ke bawah dan terkeluar satu barang bulat yang sangat kecil. Berkilauan dan kelihatan mewah.

Cincin!

" Noah merancang untuk melamar kau semula Atisha, tapi dalam keadaan yang tak mungkin macam ni, dia minta untuk bagi kau bersama dengan dokumen dokumen ini. Ini penting untuk urusan berkaitan pernikahan kau nanti dan juga urusan anak anak dimasa hadapan. Dia mahu kau jaga anak anak dan dia tidak akan menuntut sebarang satu haknya sebagai seorang ayah. Dia percaya kau boleh mendidik dan memberi kasih sayang kepada Faiq dan Faliq."

Atisha mengetap bibir.

"Kenapa dia tak nak datang sendiri? Kenapa dia tak nak jenguk anak anak dia? Faiq dan Faliq ada ayah, and ayah itu adalah dia!"

" Atisha.."

" Mana Tengku Noah?" Soal Atisha, kelihatan berang.

Tengku Eiman terdiam. Dia menarik senafas.

" Eiman!" Panggil Atisha, tidak sabar. Mana lelaki itu? Mana dia?

" Eiman, saya tanya ni. Mana Noah?" Entah kenapa dia bertanya begini. Sepatutnya dalam keadaan ini, dia tak perlu ambil tahu pun. Dia bakal ada kehidupan baru. Tapi dia yakinkan diri, dia mahu tahu kerana anak anaknya.

Atau sebenarnya mungkin dia ingin jawapan itu untuk dirinya sendiri.

" Mana Noah, Eiman? Kenapa susah sangat..."

" Noah dah pergi Atisha," potong Tengku Eiman sedikit kuat mematikan kata kata seterusnya dari Atisha yang terus kaku.

" A-apa?"

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang