43

11.2K 416 26
                                    

I would never fall in love until I found her

Atisha berlari menuju ke taska jagaan untuk mengambil anak anak kembarnya. Sepanjang perjalanannya dia dilihat dengan sinis oleh petugas hospital, jadi khabar tentang dia diserang oleh Tengku Permaisuri sebentar tadi telah diketahui oleh satu hospital.

Tetapi kali ini dia mahu mengotakan janji yang telah dilakukan terhadap Tengku Mariah, menghilangkan diri dan jangan bertemu wajah lagi dengan Tengku Noah.

Mujurlah penjaga si kembarnya pantas melakukan kerja. Faiq dan Faliq bersorak riang kerana mama mereka mengambil mereka lebih awal dari biasa. Bunyi telefon tidak berhenti dari tadi, berdering dan terus berdering.

Kali ini dia tidak tahu dimana dia ingin membawa mereka semua.

Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Satu deringan masuk ke dalan telefon Atisha. Nama Tengku Hayden terpapar diskrin. Dengan pantas dia mengangkatnya.

"Tisha, aku dah dengar dari Maya. Jumpa aku kat penthouse aku sekarang. Aku send location kat kau."

"Tak pe Hayden aku nak blah jauh dari sini. Aku tak boleh balik ke Scolia, dan aku tak boleh kerja kat sini lagi dah. Identiti aku hampir diketahui ramai Hayden."

" No Atisha, jangan buat tindakan melulu. Datang ke rumah aku sekarang please. Noah takkan cari kau kat sana. Maya akan tunggu kau," Hayden terpaksa menghalang Atisha bimbang wanita itu hilang kawalan.

Yang penting keselamatan anak anak Atisha, kerana mereka pewaris sah takhta kerajaan. Hayden merasakan mereka perlu dilindungi walau bagaimana sekalipun.

" Tak boleh Hayden. Aku nekad kali ni. Thank you Hayden atas semua pertolongan kau dan Kak Maya,aku takkan lupa jasa baik kau."

" Atisha, please, for the sake of Faiq dan Faliq, tolong jangan buat macam ni. Anak kau, anak Putera Mahkota, Tisha. Anak kau perlu dilindungi. Aku tak nak cakap banyak dalam telefon, pergi kat rumah aku dulu, kita bincang. Dengar dulu apa yang aku nak cakap then kau nak pergi atau tak, boleh putuskan kemudian. Datang sekarang. Go!"

Atisha akhirnya akur. Dia juga perlukan masa dan tempat untuk berfikir tentang tindakannya selepas ini.

Dia tahu Tengku Noah benar benar berang dengannya, tetapi dia taknak dipaksa lagi. Dia tak nak terikat dengan keluarga itu lagi dah. Cukuplah.

————————————————————-

Berpandukan location yang dihantar, Atisha selamat sampai ke penthouse di pinggir kota milik Tengku Hayden. Beberapa sekatan jalan raya diadakan atas arahan Putera Mahkota menurut apa yang diberitahu menerusi radio tadi, tetapi mujurlah Tengku Hayden memberitahu jalan pintas ke rumahnya.

Tengku Sumayyah menyambut kedatangan Atisha dengan senyuman. Dipeluk mesra bagaikan adik beradik. Maya yang juga sudah mengetahui perkara sebenar segera menenangkan Atisha yang menangis senyap.

Faiq dan Faliq pula dibawa duduk ke sofa. Melihat mama mereka menangis menyebabkan mereka terdiam.

" Akak tahu, sabar. Akak tak sangka Tengku Mariah begitu orangnya," Tengku Sumayyah menggeleng kepala mengenangkan sikap ibu saudaranya. Sekaligus menjadikan Tengku Hayden suaminya merupakan sepupunya jua. Bapa Hayden, Ibu Sumayyah dan Tengku Mariah adalah adik beradik.

Bunyi loceng ditekan bertalu talu menyebabkan Tengku Sumayyah menuju ke pintu besar. Tengku Hayden sudah sampai akhirnya.

" Atisha, kau tak boleh keluar kali ini. Noah buat pencarian kau besar besaran kat seluruh negara. Sempadan Glesgene dikawal dan dibuat sekatan jalan. Aku dah kata dia tu gila kalau libatkan cinta," kata Tengku Hayden, raut wajah kesal ditunjukkan.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now