I would never fall in love until I found her
" Jadi Adrian ada di Lubnan sekarang?" Soal si polan berusia itu sambil mengetuk ngetuk meja. Di hadapannya sekarang adalah Panglima Tentera Udara Genevia, sedang tunduk membisu.
" Ya betul Tuanku, dia menjalankan misi menyelamat di Lubnan, dengan membawa pesawat penyelamat tentera kita."
" Siapa nama penuh dia?"
Panglima itu menghembus nafas. Kenapa si figura ternama ini berminat sangat dengan salah seorang anak buahnya yang cemerlang itu?
" Kapten Adrian Hilman Arash Hamizan, juruterbang pesawat khas. Lulusan Akademi Tentera Royal Shein di US, terus diserap masuk ke Tentera Udara. Dia mempunyai reputasi cemerlang Tuanku," jelas Panglima itu.
Figura ternama itu mengangguk. Anak sulung Arash Hamizan dan Tengku Rosemarie rupanya seorang juruterbang tentera. Kedengaran desas desus dahulu anak lelaki Rose ini mati lemas. Nampaknya tak benar khabar itu.
"Aku ada tugas penting untuk kau Panglima"
Suasana hening sebentar. Panglima itu ternanti nanti bait ayat seterusnya dan apa kaitan dengan Kapten Adrian Hilman Arash Hamizan itu?
" Aku nak kau hapuskan Kapten Adrian Hilman. Tak kira macam mana pun, Adrian Hilman tak patut ada dalam dunia ini."
———————————————————————
Tengku Noah pulang dengan hati yang berbunga bunga. Sejak minggu lepas, hubungan keduanya semakin membaik. Tengku Noah tidak lagi bersikap mengongkong, dan Atisha mula mengurangkan rasa gerunnya terhadap suami.
Keduanya seakan mencapai kata sepakat dalam diam.
Ketika Tengku Noah melangkah masuk ke villa, suasana ruang tamu dan dapur kelihatan kosong. Hairan dia seketika, kerana kebiasaannya Atisha akan menyambutnya dihadapan pintu. Dimana kah isterinya? Timbul rasa risau dan bimbang.
Tengku Noah bergegas ke bilik mereka. Dicari dalam sekitar bilik, wardrobe serta tandas, tiada.
Dia keluar menuju ke bilik anak anak kembar mereka. Rupanya Atisha sedang memandikan mereka dalam bilik air. Riuh rendah mendengar suara isterinya membebel anak anaknya. Tengku Noah bersandar di pintu bilik anak kembarnya yang dibuka olehnya tadi,menanti isterinya menyudahkan tugasannya.
Dimanakah Mak Tam? Bukankah sepatutnya itu tugasnya?
Pintu bilik air dibuka dan Atisha bergegas mengeluarkan Faiq serta Faliq yang meronta ronta ingin bermain air lagi. Dia tidak sedar suaminya memerhatikan tindak tanduknya dengan senyuman.
" Korang nak main air ingat air tu free ke? Mahal tau bil sekarang. Papa cari duit bukan nak bayar bil air korang." Entah apa apa yang direpekkan oleh Atisha. Tengku Noah menggeleng.
Bil air pula dirisaukan. Kekayaan Tengku Noah boleh membeli beratus tempat simpanan air bersaiz sesuku empangan. Agak agak la nak membebel Atisha oi.
" Sayang, meh abang tolong siapkan Faliq," pelawa Tengku Noah sambil menyinsing lengan kemeja kerja nya. Terkejut Atisha sambil mengurut dadanya.
" Abang! Bila balik? Maaf maaf Tisha tak perasan abang kat pintu," kata Atisha sambil tangannya lincah memakaikan pampers Faiq. Tengku Noah mengangkat Faliq sambil mengambil pampers dan memakaikannya. Laju kelihatan Tengku Noah menyudahkan tugas.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
AléatoireBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...