4

14.2K 462 18
                                    

I would never fall in love until I found her

" Hayden, awak dengan Putera Mahkota ada hubungan apa?" Soal Atisha semasa mereka dalam perjalanan pulang ke hospital, menaiki kereta Tengku Hayden.

Sumpah dia masih gerun lagi dengan pandangan tajam milik Tengku Noah. Mengenangkan mereka akan bekerjasama lagi kerana Tengku Noah adalah penyumbang utama dan penaja program mereka, membuatkan dia merasa sakit kepala.

" Dia dua pupu saya, ayah saya dan ibunya Permaisuri Tengku Mariah, merupakan sepupu," jelas Tengku Hayden sambil tekun memandu.

Sekali sekala dikerling gadis manis itu disebelahnya.

" Awak dan Noah macam saling kenal je." Sengaja ditanyakan persoalan itu kepada Atisha. Jelas nampak gugup Atisha ketika ditebak. Ketara sangat Atisha seperti takut dengan dua pupunya, sebab apa, dia sendiri kurang pasti. Yang si dua pupu itu, tak reti nak sorok pandangan langsung. Pandang Atisha macam nak makan.

" Er tak..tak kenal," ringkas mulut Atisha menafikan. Dia malas nak dikaitkan dengan lelaki itu, kerana kisah silam mereka dahulu. Selamba sahaja lelaki itu ingin menciumnya. Sudahlah mereka tidak kenal. Putera Mahkota yang gila!

" Aku hantar kau sampai parking kereta kau eh," ujar Hayden sambil matanya masih menatap jalan.

" Okay." Pendek lagi balasan diberi.

——————————————————————————-

Wajahnya diraup berkali kali. Cuba menyabarkan dirinya yang kian tidak tenang. Wajah ayu itu sentiasa bermain di mindanya. Sedari tadi lagi dia seakan resah gelisah memikirkan Atisha si cantik manis itu.

Atisha Humaira..sedap sungguh namanya disebut di pangkal lidahnya.

" Dari tadi bonda lihat kamu ni macam tak tentu arah, Noah.Kenapa?" Tegur Tengku Mariah,pada anak sulungnya itu. Memang dari tadi dikuis kuis nasi itu. Langsung tidak diusik. Apantah lagi di makan.

" Nothing," balas Noah ringkas. Dia masih belum bersedia memberitahu soal hatinya terhadap kedua ibu bapanya. Kerana melibatkan banyak perkara , termasuk takhta. Dia merupakan pewaris utama takhta pemerintahan, jadi soal siapakah yang bakal menjadi Permaisuri nanti, juga akan diperkatakan. Dia tidak suka tentang itu, dia belum bersedia menghadapinya.

" Noah cuma memikirkan soal kerja. Nothing other that," kata Noah cuba cover semula perbuatannya semula. Ayahandanya pula mengangguk angguk. Faham!

Tengku Mariah seolah tidak berpuas hati dengan jawapan Noah.

" Minggu depan keluarga Sultan Idrees Shah dari Negara Farland akan datang." Kata Tengku Mariah sambil merenung wajah anak sulungnya.

Tengku Noah mengangkat kening. Dia seperti tahu akan rancangan ibunya.

" Anak anak mereka terutamanya Puteri Sarah itu, sudah besar," sampuk Raja Pemerintah, Sultan Tengku Raden.

Noah mula meletakkan sudu dan pinggan, berpeluk tubuh menanti kata kata seterusnya.

" Bonda rasa, Noah boleh start cari bakal isteri,dan bonda nampak Puteri Sarah sangat sesuai. Keturunan baik baik, cantik, bijak, handal berlawan, sangat sesuai dengan Noah," nahhh ini lah sebenarnya yang dimaksudkan oleh bondanya. Soal penjodohan anak anak.

Tengku Noah menghela nafas. Serius lah nak jodoh jodohkan orang ni.

" Noah tak bersedia." Hanya itu sahaja sepatah dikeluarkan sebagai jawapan.

" Noah, cuba kenal dahulu. Lagipun Puteri Sarah keluarga diraja. Hubungan kita secara ekonomi boleh dieratkan lagi. Bonda tak nak Noah salah memilih isteri. Isteri yang tak tahu asal usul. At least dengan Puteri Sarah, keturunan kita terpelihara," pujukan cuba diberikan ke pada Noah, agar Noah menerima cadangannya.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now