81 ( Final)

15.6K 417 10
                                    

I would never fall in love until I found her

Setahun kemudian

Setelah Pertabalan Raja Pemerintah Genevia

Seperti yang dijanjikan setahun lepas, akhirnya Tengku Eiman tidak lagi memangku takhta sebaliknya diberikan kepada yang hak, iaitu Tengku Noah. Sepanjang setahun lepas, Tengku Noah menjalani beberapa siri rawatan di luar negara dan akhirnya dia mengambil tugasnya sebagai Raja Pemerintah.

Dokumen tandatangan kesemua Raja Negeri yang diambil Tengku Noah setahun dahulu ketika membongkar perbuatan ayahandanya, menjadi saksi untuk takhtanya sebagai Raja.

Tetapi seperti yang ditegaskan, tiada perlantikan Permaisuri selama setahun atau mungkin akan diteruskan selama lamanya. Dia lebih suka tidak memperkenalkan isterinya pada khalayak ramai. Cukuplah rakyat mengetahui bahawa dirinya sudah berkahwin. Memang agak aneh, tetapi itulah, obses mengatasi segalanya.

Sudah puas Tengku Mariah menasihatkan agar menarik semula undang undang bodoh itu tetapi jawapan Tengku Noah hanya satu.

" Atisha hak Noah seorang."

Dan Tengku Mariah menggeleng kepala. Kepala batu Tengku Noah sama seperti suaminya Tengku Raden, yang sudah menjadi seperti mayat hidup. Tubuh ada, tetapi jiwa terbang.

Jadi apa yang Atisha lakukan sekarang?

Menjadi suri rumah sepenuh masa di villa rahsia mereka yang dikawal rapi. Untung dirinya, tidak terbeban dengan tugas tugas pemerintahan. Tidak terbeban dengan mesyuarat berkaitan wanita atau kanak kanak. Ataupun masalah berkaitan negara negara luar.

Tengku Noah memang ingin mengurung isterinya hanya untuk dirinya sahaja. Seperti janjinya . Dia tidak mahu isterinya terluka seperti dahulu. Segala perasaan, segala perkara yang terjadi, biarlah terjadi dibawah kawalannya. Asalkan Atisha disisinya.

Tugas Atisha hanya berkhidmat sebagai isteri sepenuhnya kepada Tengku Noah. Masalahnya banyak kepada, cerita drama korea episod keberapa, atau, malam ni nak masak apa ataupun baju bertimbun yang tidak dibasuh. Tengku Noah ingin menyediakan pembantu, namun ditolak mentah mentah oleh Atisha.

Dia mahukan privasi dirumah sendiri.

Dan kini, dia sedang mengandung anak mereka yang ketiga, baru sahaja mencecah 5 bulan. Sebelum itu, dia mengalami keguguran dek kerana aktifnya dia bekerja sebagai PA pengganti menggantikan PA asal, Natasha yang cuti bersalin. Disebabkan itu, Tengku Noah melarang sekeras kerasnya Atisha untuk bekerja semula.

Tak sangka, mungkin rezeki, tak sampai 2 bulan episod keguguran, dia disahkan mengandung semula. Kali ini Tengku Noah hanya turutkan semua permintaannya kecuali keluar dari rumah.

Apalagi, segalanya dipinta termasuk handphone, tambahan tv dengan set lengkap home theater di bilik peribadi mereka, mini library, dan akaun Netflix! Check up kandungan juga dilakukan di rumah, oleh pasukan perubatan diraja, dengan perjanjian kerahsiaan lokasi rumah.

Gila kan? Tetapi itulah prinsip Tengku Noah. Selagi dia boleh sorokkan isterinya, dia akan lakukan tanpa ragu ragu.

Atisha sedang menonton tv di bilik tidur ketika loceng berbunyi. Dia mengerling jam di dinding, baru sahaja jam 12 tengahari. Siapa? Suaminya sudah tentu sibuk dengan urusan negara, dia tidak akan pulang selagi bukan jam 7 malam. Faiq dan Faliq? Mereka berdua akan pulang pada waktu petang, dihantar oleh pemandu peribadi yang dipercayai.

Dia bergegas menuju ke ruang tamu apabila loceng sekali lagi bergema dengan perut yang semakin membesar. Dilihat ke arah kamera keselamatan yang berada di dinding. Atisha mengerut dahi.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now