22

11.4K 383 9
                                    

I would never fall in love until I found her

3 hari berturut turut Atisha diikat kuat dikatil. Dan 3 hari dia dijadikan tempat melampiaskan nafsu serakah suaminya. Tengku Noah langsung tidak mempeduli rayuan isterinya malah diejek serta disindir isterinya pula. Nampaknya memang Tengku Noah benar benar ingin membuntingkan isterinya.

Makan dan minum diberikan sekali sehari sahaja. Malahan ke tandas juga tidak dibenarkan. Sungguh terseksa Atisha. Puas dia merayu, dia ingin menjelaskan tetapi Tengku Noah tidak mengendahkan langsung. Dia seakan tenggelam akan lautan nafsu.

Hari keempat Tengku Noah akhirnya melepaskannya dan terus meninggalkan isterinya yang lena begitu sahaja. Selang sejam Atisha tersedar dan melihat ikatan tangannya telah dilepaskan. Tangannya yang lama diikat membuatkan tangannya kebas amat.

Dia menyedari suaminya tiada dibilik. Mungkin sahaja ke mana mana setelah puas melampiaskan nafsu!

Matanya mula bergenang dan ingin mengalirkan airmata, tetapi tangannya yang kebas menyapu air mata yang ingin gugur.

No, jangan nangis Atisha. Kau kuat. Kau. Kena. Kuat. Bangun sekarang!

Berbekal semangat yang cuba dibina , dia bangun perlahan lahan dan berjalan sedikit ke bilik air. Sakit sangat sangat terutamanya dibahagian sulitnya. Terasa dibelah dengan pisau yang tajam.

Memang akan sampai ke akhirnya kah dia akan terus ditindas begini? Dia akui dia memang lemah, sangat lemah berbanding dengan status Tengku Noah yang berkuasa. Dia rakyat biasa sebatang kara, manakala Tengku Noah adalah Putera Mahkota negaranya.

Dalam banyak banyak gadis dalam Genevia ini mengapa dirinya yang dipilih? Mengapa dirinya yang dipandang oleh lelaki itu?

Tangisannya pecah akhirnya didalam bilik air. Kali ini dia memang nekad.

Untuk melepaskan diri.

——————————————————————————

Setelah membersihkan diri dan menjamah sedikit makanan yang disediakan oleh MakSom, Atisha mendaki tangga perlahan lahan ke tingkat atas . Kegelapan mula menjelma. Sakit di bahagian sulitnya masih ada namun tidak seperit tadi. Mungkin kerana setelah dia menyapu krim yang ditinggalkan Tengku Noah atas meja solek itu.

Sayup sayup kedengaran pintu belakang ditutup menandakan Mak Som sudah pulang. Dan kini mansion yang besar itu hanya ada dirinya sahaja. Para pengawal sudah tentu diarah Tengku Noah untuk berjaga di luar sahaja .Hanya Luke sahaja yang dibenarkan keluar masuk tetapi bayang lelaki itu pun langsung tidak nampak sejak tadi.

Atisha lantas menuju ke bilik dan menukar pakaiannya yang lebih selesa. Untuk lari, dia perlu memakai seluar. Mujur dia ada menyorokkan seluar didalam duffle bag kecil miliknya. Setelah siap, dia menuju ke bilik kerja Tengku Noah bagi mengambil beg duit dan handphone miliknya.

Dia tahu kerana dia pernah melihat Tengku Noah menyimpannya. Mujur bilik itu tidak dikunci. Seakan dipermudahkan pula urusannya untuk melarikan diri.

Usai mendapatkan barang peribadinya, dengan tarikan nafas yang panjang, dia turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu yang disediakan untuk para tetamu. Langsir berhampiran diselak.

Hmm penuh dengan pengawal.

Segera Atisha menutup lampu dapur dan menghampiri tingkap dapur pula. Eh tiada orang!

Biar betul! Atisha seperti hairan.

Takkan lah mereka tak berjaga di belakang?

Tapi Atisha sudah tidak ingin memikirkan lagi, dia lantas mencari kunci di satu tempat rahsia dapur yang pernah dibuka oleh Mak Som. Segugus kunci pintu pagar belakang dijumpai. Dengan senang, dia membuka grill serta tingkap dapur dan terus memanjat keluar.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now