1

16.6K 550 4
                                    

I would never fall in love until I found her

2023

Kecemasan dan Trauma, Hospital Utama Glasgene

"Ambulance will be arrive in 5 mins,please be prepare. Hit and run case." Pengumuman itu berkumandang di ruang menunggu ambulans. Sejajar itu, ada beberapa staff yang berlari keluar menunggu ketibaan ambulans tersebut.

Dua biji ambulans sampai tepat tepat selepas 5 minit.

" Dr Atisha,ambulans no 1.Come,", seorang lelaki mula meluru ke arah ambulans di sebelah kanan.

Atisha juga mengikuti senior itu.

Pintu ambulans terkuak pantas dan stretcher diturunkan. Seorang lelaki pucat memegang dadanya dan senior lelaki itu menghampiri stretcher itu. Begitu juga dengan Atisha.

" Dr Alif, Dr Atisha..Man,Malay, 34 years old,no external injury seen,but we suspect he has hematoma there.Vital sign 145/78,pulse 88,temperature 37," kata paramedik yang memakai baju putih,MA Syafiq.

Dr Alif mengangguk. Stretcher itu dipass over dan mereka berdua terus menolak masuk ke kecemasan. " Dr Atisha, what we should do on this man?" Soal Dr Alif,ingin menguji tindakan doktor pelatih di hadapannya.

" Book scan, see if they have internal injured there. Update location. Check again over body for verify. Blood taking. And TRO for OP," balas Atisha pantas. Dr Aliff mengangguk kagum. Gadis ini memang pintar.

" Okay,do it now. And update for me the results," kata Dr Alif.

Atisha mengangguk.

_____________________________________

Jam 12 malam, tamat shif malam di kecemasan. Atisha yang tadi berbaju scrub,menukar baju ke baju santai. Dia berkira kira ingin pulang dan terus tidur. Langkah di atur ke arah keretanya yang terparking elok.

" Dr Atisha," satu suara lelaki memanggilnya. Atisha segera berpaling mencari arah suara tersebut.

" Eh Hayden," Atisha tersenyum memandang jejaka ini di hadapannya. Dr Tengku Hayden Tengku Arif, jejaka berketurunan diraja yang menjadikan kerjaya perubatan sebagai idaman. Merupakan pegawai perubatan tetap Jabatan Pediatrik.

"Kau nak balik dah ke?" Soal Hayden sebaik sahaja menghampiri gadis itu. Atisha mengangguk,jujur. Dia sudah bertugas selama 36 jam direct dan dia terlalu penat kali ini. Tagging di ED (Emergency Dept) memang penat gila. Mujurlah ini tagging terakhir sebelum dia bakal diserap sebagai tetap.

" Okay aku ringkaskan ye. Minggu depan ada perasmian wad cancer baru untuk kanak kanak. Kau nak join jadi sukarelawan?"Soal Hayden.

Atisha terdiam sekejap. " Roster aku tak keluar lagi Hayden. Aku takut aku kena double shif lagi," kata Atisha sambil memikirkan sesuatu.

" Oh pasal roster,kau jangan risau. Aku settle dengan Alif nanti. Benda benda gini mesti dia bagi kau join la," ujar Hayden,yakin.

"Serius la Hayden. Dr Alif tu SV aku tau,kang orang kata aku ambil kesempatan kang,"gumam Atisha,risau. Yela kang aku kena cop kata apa pulak. Dr Alif tu la dah la baik.

"Tak de lah,aku kenal lah Alif tu macam mana.Nanti aku settle. Kau nak ke tak join ni?" soal Hayden lagi,ingin comfirmation.

Atisha memikirkan sebentar sebelum bersetuju. " Okay juga,lama aku tak ke sana. Macam mana la budak budak itu."

"Haa, okay. Kereta kau parking mana? Meh aku hantar kau ke sana. Bahaya kau jalan sorang sorang ni," pelawa Hayden dan Atisha menyambut perlawaan itu. Risau juga dia. Kereta dia parking jauh juga.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now