I would never fall in love until I found her
2 TAHUN KEMUDIAN
" Tisha.. dah habis dah tengok pt? Jangan lupa ambil dorang. Abang tak boleh ambil hari ini tau."
Atisha tercengang. Alamak dia sudah diingatkan semalam lagi. Jam dimeja dikerling. Sudah jam 5 petang.
Laju Atisha mengemas alatan dan berlari ke bilik persalinan. Lantas dia menukar ke pakaian santai. Loker ditutup dan langkah laju diatur ke parking kereta.
Dia sudah terlambat..sudah terlalu lambat!
Sampai sahaja di rumah banglo yang dicat berwarna warni kira kira 10km dari hospital DeFlorin, lantas dia menuju masuk ke dalamnya.
'Taska Didikan dan Asuhan Cahaya'. Tertulis di board berhadapan dengan rumah banglo berwarna itu.
" Dr Tisha, mujur dah sampai dah. Si abang baru je nak nangis, buat drama macam biasa." Kata seorang perempuan merangkap guru dan penjaga di situ. Atisha ketawa kecil sambil tangannya mula mengambil budak lelaki yang wajahnya seolah olah ingin menangis.
" Alahai Faiq Ezriel, cengeng sungguh hang nih," usik Atisha sambil mendukung budak lelaki itu. Budak lelaki itu tersebek sebek menangis, mungkin memahami apa yang Atisha katakan.
"Mama..mama," suara halus dari jauh memanggil menyebabkan Atisha berpaling ke belakang, melihat seorang budak lelaki berlari terkedek kedek menerpa ke arahnya.
Oh my gosh budak nih!
" Faliq Ezkiel!" Panggil Atisha agak kuat menyebabkan si budak lelaki yang berlari itu terkekek ketawa, mungkin lucu dengan nama penuh yang diberi. Faliq Ezkiel memeluk kaki Atisha juga minta didukung.
Alahai si comel ini.
Segera Atisha mendukung Faliq di sebelah kanannya juga si Faiq di sebelah kirinya yang tak habis habis tersedu sedan menangis. Sabar sajalah layankan si pasangan kembar ini.
" Hari ini papa dia tak pick up?" Soal guru yang berdiri setia dari tadi. Atisha tarik senyum manis.
" Hari ini papa dia ada sesuatu kat kem, taklimat kot. Jadi turn saya yang kena ambil," balas Atisha sambil menstabilkan diri, yelah kedua pasangan kembar ni bukan calang ringannya. Berat!
Guru itu mengangguk ringkas. "Mari Dr saya temankan sampai ke kereta. Beg budak budak tu saya bawakkan, kesian pula kiri kanan dah penuh slot," pelawa wanita paruh baya itu, sambil mengusik.
Atisha ketawa.
" Baik saya minta diri dahulu ya cikgu, terima kasih tau sebab tolong angkat beg mereka," ujar Atisha sopan. Guru itu menggeleng ringkas. " Tak ada apa lah Dr."
——————————————————
Selesai menidurkan si kembar itu, Atisha pula menjamah nasi. Dia lapar pula. Dikerling jam, masih awal, baru jam 9 malam. Awal pula Faiq dan Faliq tidur. Penat la kot dari tadi mereka berdua itu berlari lari riang di ruang tamu. Si kembar yang berusia 1 tahun 5 bulan.
Bunyi loceng menghentikan suapan sebentar. Serentak dengan itu terdengar pintu hadapan dibuka dan ditutup terus. Mendengar rentak itu, tahulah Atisha siapa gerangannya.
"Assalamualaikum Maira," sapa Adrian Hilman yang berjalan meluru ke arah meja makan tempat dimana Atisha sedang menjamu selera.
" Waalaikummussalam, ha abang! Jom duduk, makan sama sama," pelawa Atisha sambil ingin berdiri, mahu mengambil nasi untuk lelaki itu.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
NezařaditelnéBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...