12

18.6K 460 64
                                        

I would never fall in love until I found her

🔞 Warning

Tengku Noah memasuki ruang istana dengan rasa sebal. Mana tidaknya, dia kenal bondanya. Ratu drama. Berita kononnya bondanya sedang gering yang diterimanya tadi, membuatkan dia mengeluh resah. Kerana dia terpaksa meninggalkan isteri rahsianya sementara.

Arahan telah diberikan kepada Luke untuk mengawasi Atisha.

Atisha Humaira. Akhirnya gadis itu menjadi hak miliknya secara mutlak. Dia berjaya mengikat wanita itu walau secara paksa. Isterinya itu tidak akan ke mana mana lagi. Kerana Tengku Noah mempunyai satu lagi misi, iaitu membuntingkan isterinya dan mewujudkan pewaris. Dengan cara itu, Atisha akan kekal bersamanya.

Sungguh dia sakit hati, Atisha sering sahaja melawan setiap perbuatan dan kata kata. Baginya tugas isteri sepatutnya melayan suami. Bukannya dia suruh isterinya melakukan kerja kerja rumah. Bahkan dia juga tidak mahu mengizinkan Atisha bekerja semula. Semua itu sepatutnya memudahkan tugas Atisha. Iaitu perlu melayani dirinya sahaja.

Dia memang baran. Dan sukar baginya melawan baran jika melibatkan isterinya. Terbayang lekuk tubuh isteri kesayangannya apabila bersama. Membuatkan dia benar benar rasa ingin pulang ke rumah sekarang juga.

" Yow bro," sapa Tengku Eiman menuruni tangga istana mendapatkan abangnya. Tengku Noah hanya mengangkat tangannya menbalas sapaan itu.

" Mana bonda"

" In her room. Kau try la pulak suapkan dia. Kalau tak drama dia takkan habis," balas Tengku Eiman nengeluh. Tengku Noah mengangguk ringkas lantas menaiki tangga istana.

Pintu kamar peribadi bondanya diketuk sedikit. Tanpa menunggu jawapan balas dia segera membuka pintu. Bondanya kelihatan duduk menyandar di kepala katil sambil matanya terkerdip kerdip melihat Noah.

" Noah"

" Kenapa tak makan bonda?" Mangkuk bubur disebelah katil diambil. Ada separuh yang tinggal.

Dayang istana yang setia berdiri, diberi isyarat mata oleh Tengku Noah agar beredar. Dayang tersebut menunduk hormat dan keluar perlahan lahan dari bilik.

" Bonda tak ada selera," sayu sahaja suara bondanya memberi jawapan.

Tengku Noah menghela nafas. " Buka mulut, Noah suapkan."

Tengku Mariah menggeleng. Sengaja. Dalam hatinya meloncat loncat kerana anaknya yang dinanti akhirnya datang memujuknya.

"Kalau bonda tak makan, lagi sakit. Tuh, banyak acara bonda tak hadir. Semua pass pada Insyirah atau Eiman. Dorang bukan tahu apa apa pun lagi." Kata Tengku Noah lembut.

"Tak apa, bonda bukan penting pun, lagi lagi untuk kamu Noah," sindir Tengku Mariah, nada merajuk. Matanya diarah ke tempat lain. Tidak memandang anak sulungnya ini.

Tengku Noah hanya menjulingkan mata ke atas. Tahu sangat bondanya ini memang sengaja.

" Bonda penting untuk Noah. Noah minta maaf sebab ternaik suara kat bonda tempoh hari. Cuma Noah minta, tolong jangan paksa Noah, tolong faham akan Noah juga," ujar Tengku Noah ikhlas memohon kemaafan. Tak apa lah dia mengalah dahulu, asal masalah selesai.

Tengku Mariah berpaling melihat wajah anak sulungnya. Tangannya naik mengusap pipi anaknya sambil mengukir senyum. Yes, akhirnya taktiknya berjaya.

" Bonda maafkan," ringkas Tengku Mariah membalas. Tengku Noah tersenyum.

" Makan ye bonda, Noah suapkan ," Tengku Noah mula mengambil sudu dalam mangkuk yang dipegang sejak tadi dan menyua bubur itu ke Tengku Mariah. Tengku Mariah menyambut suapan itu dengan seleranya. Akhirnya bubur itu habis licin.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang