23

11.2K 375 21
                                    

I would never fall in love until I found her

" Hi sayang."

Atisha terkaku bungkam. Walau gelap persekitaran, dia masih kenal bau dan suara itu. Suara yang menyeksa batin dan zahirnya. Suara yang membuat sudut hatinya mula bergetar.

Atisha mengundur satu langkah ke belakang. Bibirnya terketar ketar tak mampu bersuara.

Suara itu mula ketawa kecil.

" Lari sayang.."

Atisha memandang tepat figura lembaga yang mula samar samar dilihatnya dihadapan.

" Lari lah, aku bagi peluang untuk kau lari..because if I get catch you, you will never run anymore..."

" Pastikan juga aku tak jumpa kau.. sebab hukuman kau akan lagi berat.. so lari sekarang.."

Kaki Atisha terasa cukup berat. Dugaan apakah ini Tuhan?

" Aku kira sampai 10 sayang...you have 10 seconds"

One!

Tanpa berfikir panjang Atisha berpusing dan lantas berlari. Dia tidak fikir tentang hukuman, dia mahu jauh dari lelaki itu.

Shit, kenapa aku gi tidur kat sini?

Gelap hutan tidak mengganggu Atisha untuk berlari tiada arah. Segalanya diredah dan dilalui, dia tidak kira.

Ten!

Di satu sudut tempat yang sama, Tengku Noah mengeluarkan pistol Glock 17 dan mula mengacu ke satu arah. Bunyi desiran daun diamati dan masih terdengar bunyi tapak kaki berlari.

Atisha, Atisha..dia masih tidak sedar rupanya, isterinya sebenarnya hanya mengelilingi kawasan hutan itu. Tidak jauh pun dari mansion mereka.

Fokus diberikan dan dia menarik picu pistolnya..

BAM!!

Terdengar bunyi jeritan perempuan yang sangat kuat. Mengundang senyuman sinis Tengku Noah!

" Gotcha."

——————————————————————————-

" Mama..."
" Mama.."

" Maira.. dengar sini sayang.. tinggal dengan Bonda Suhaila.. mama nak pergi sekejap.. nanti mama ambil Maira dengan abang okay?"

" Mama.. Maira nak ikuttt..."

" Tak boleh sayang..sekejap je, nanti mama ambil Maira.. Maira kata nak jumpa abang kan..? Mama bawa Maira jumpa abang Maira okay?"

" Maira, ni loket mama..simpan..mama amanahkan Maira untuk jaga loket mama. Tiada siapa yang boleh ambil loket Maira melainkan seseorang yang boleh menjaga Maira dengan baik. Mama pergi dahulu sayang."

"Suhaila, aku minta kau jaga dia seperti yang aku pesan sebelum ni."

" Baik baik..jaga diri kau.. kau selesaikan elok elok."

Figura wanita anggun itu berjalan terus tanpa berpaling kepada Maira yang meronta ronta dalam pelukan Suhaila. Walau esak cuba ditahan, namun akhirnya tumpah jua.

Dalam kesedihan, wanita anggun itu tidak sedar ada sebuah kereta laju meluncur ke hadapan.

BAM!!

" MAMA......!!"

————————

"Mama.."

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now