I would never fall in love until I found her
Polis menahan kereta Atisha yang memandu perlahan ingin melalui kawasan sempadan negeri. Hendak tak nak Atisha terpaksa berhenti juga. Raut wajah cemasnya cuba disembunyikan. Cermin diturunkan.
" Puan nak ke mana ye?" Soal polis itu lembut.
" Er.. saya nak ke.. Harby.. mak saudara saya..er, bukan..Ada kematian.." kata Atisha tergagap gagap, tidak tahu perkataan apa yang keluar dari mulutnya, bercampur baur.
Polis wanita itu merenung lama wajah Atisha, dan dia hanya mengangguk kecil.
"Minta IC puan.." kata polis wanita itu, lembut betul bicaranya.
Atisha membelek beg tangannya, baru teringat namanya sekarang sedang terkenal di seluruh negara. Mesti polis ni kenal nama dia nanti ni.
Ye lah, dia baru teringat bahawa sekatan jalan raya ini dilakukan sebab dirinya juga.
Apa aku nak buat nih..fikirnya.
" Er, saya punya IC tertinggal..boleh ke saya patah balik ke rumah saya untuk ambil IC saya?" Soal Atisha gagap lagi. Ah, kenapa gagap lagi pula ni?
Polis wanita itu tersenyum.
" Jom puan ikut saya ke balai."
Atisha seakan panik.
"Kenapa?"
"Prosedur biasa. IC patut dibawa ke mana mana. Ikut peraturan, IC puan sekarang tidak dibawa. Jangan risau, cuma saman dikeluarkan dan puan hanya perlu membayar saman itu sahaja nanti."
" Ikut belakang kereta polis ini ye."
Atisha mengangguk lemah. Keretanya diundurkan sedikit dan kelihatan polis polis itu mula memasuki kereta mereka masing masing. Kereta mereka mengekori belakang kereta Honda City milik Atisha dan satu lagi kereta berada di hadapan keretanya.
Atisha dibawa ke balai polis berhampiran. Kelihatan para pegawai polis dalam balai itu juga turut melemparkan senyuman padanya ketika Atisha memasuki balai polis itu membuatkan Atisha seolah olah makin selesa dengan mereka.
Atisha dibawa ke satu bilik di dalam balai polis itu bersama dengan anak anaknya. Suasana bilik itu cozy dan tenang.
" Puan tunggu dalam bilik ini ya. Kejap lagi ada orang yang akan bertemu dengan Puan," kata pegawai polis wanita itu, masih lagi tersenyum dan menunduk sedikit.
Atisha mengangguk sambil membalas senyuman. Pintu ditutup perlahan.
Keadaan dalam bilik itu agak sempit tapi selesa baginya. Ada tingkap yang menghadap jalan raya. Kemudian ada set sofa yang lembut serta cantik dan televisyen. Juga ada penghawa dingin yang menyejukkan ruang.
Agak mewah bagi seseorang yang akan bertemu dengan pegawai polis untuk kesalahan saman. Begini ke bilik perjumpaan untuk setiap orang yang melakukan kesalahan ye?
Faiq dan Faliq setia berada di sisi Atisha, mujur tak banyak ragam keduanya. Atisha sempat mengusap usap rambut keduanya sehingga keduanya tertidur semula. Atisha yang kesejukan dan keletihan itu juga mula merasa kantuknya menjengah.
Matanya tetap ditahan dan dibuka luas. Malu kang tiba tertidur di ruang begini pula. Dalam balai polis pula tu. Sudah la dirinya melakukan kesalahan.
Dalam masa dia mengelamun, entah bagaimana dia akhirnya tewas juga. Dia terlelap seketika bersama kedua anak kembarnya.
Tak lama kemudian pintu dibuka sedikit dan kelihatan satu figura tegap masuk ke dalam mencari seseorang di dalamnya. Figura itu tersenyum.
Satu permandangan yang indah baginya di hadapannya. Isteri dan anak anaknya tertidur bersama seolah menanti kepulangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...