56

11.1K 379 16
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Noah Mikael merenung susuk tubuh tegap yang masuk ke dalam ruang pejabatnya dengan mode berjaga jaga. Dia tahu susuk tubuh tegap ini memang terkenal dengan ketangkasannya berlawan. Tengku Noah sendiri pernah melihat aksi itu.

Tetapi kedatangan lelaki itu bukan kerana ingin mengajak berlawan atau beradu tenaga. Sebaliknya kerana satu kerjasama.

" Tengku Noah Mikael." Lelaki itu menghulurkan tangan ingin berjabat.

" Putera Amar." Huluran itu disambut oleh Tengku Noah dengan wajah yang tegang. Kedua figura sama tinggi itu terdiam sambil merenung antara satu sama lain.

Para pengawal kedua lelaki ini seperti siap siaga takut ada pertengkaran yang timbul.

Kemudian tiba tiba tercetus ketawa antara mereka. Semua dalam ruang pejabat itu terpinga pinga.

" Hoi Noah, lama tak dengar khabar kau eh. Sejak kau habis degree hari tu, tak dah kau contact aku ke apa ke," kata Putera Amar sambil mengambil tempat. Tengku Noah menekan interkom.

" Bring me 2 coffee please , one with less sugar."

" Aku sambung Master terus kat London. Malas nak balik sini awal. Serabut." Kata Tengku Noah menjawab persoalan Putera Amar sebentar tadi.

" Bonda kau lagi ke? Aku dengar kecoh jugak pasal berita kau kahwin senyap senyap ni. Mau tak marah orang tua tu. Mak mana yang tak bising," kata Putera Amar terkekeh.

Tengku Noah tersengih. Kadang kadang juga dia rasa lucu juga. Melompat Tengku Mariah sampai tak sempat sempat nak bersabar. Sudahlah pertemuan terakhir mereka disudahi dengan pertengkaran.

" Mana bekas bini kau?"

"Aku jual."

Bulat mata Putera Amar. Sahabat dia ni pasti gila.

Tengku Noah pula terkekeh ketawa. "Kau apasal? Okay ke? Aku dengar sesuatu yang menarik kali ini. Apa yang kau nak propose?"

" Sejak abang aku ambil alih pemerintahan, aku makin sibuk sekarang ni."

Tengku Noah menyandarkan belakangnya. Ya dia mendengar abang Putera Amar, Putera Aiden yang diangkat menjadi Raja Pemerintah Erovra kira kira sebulan yang lalu.

"Kau ke yang ambil alih perniagaan dia?"

" Tak juga, dia masih berkuasa penuh cuma dia bagi kuasa untuk incharge sepenuhnya. Aku tengok dia pun makin serabut. Kakak ipar aku tu selalu buat hal."

" Aurora Lilly tu ke? Aku tengok okay je. Lemah lembut."

Tengku Noah pernah menghadiri perkahwinan mereka lama dahulu semasa dia baru mengambil alih syarikat ayahandanya.

Putera Amar ketawa. "Ha dia lah. Kau tengok je dia macam tu, hakikatnya Aiden la yang sakit kepala handle perangai minah tu."

" By the way Noah, abang aku akan datang ke sini dalam seminggu lagi. Ayah kau yang jemput dia. Surat makluman dan jawapan dah diberi kepada istana Genevia. Kau tahu?" Soal Putera Amar merenung sahabatnya.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now