I would never fall in love until I found her
Rancangan Apa Cerita Wanita Hari Ini menampilkan tetamu kenamaan iaitu Permaisuri Tengku Mariah sendiri, dengan segmen tajuk " Anak Penyeri Hidup".
Atisha pada mulanya tidak mengetahui ibu mentuanya ada di tayangkan ditelevisyen. Itu pun setelah dia menukar saluran sewaktu anak anaknya sedang bermain permainan mereka di satu sudut.
Borak dan bicara Tengku Mariah kelihatan santai. Berbeza dengan waktu pertemuan dengannya dihospital tempoh hari. Walau Tengku Mariah memarahi dan menengkingnya ketika itu, tetapi Atisha tidak menyimpan rasa dendam.
Dia faham rasa seorang ibu apabila anak yang disayangi bertindak membelakanginya. Sudah tentu dia tidak boleh menerima apa yang Tengku Noah lakukan. Apantah lagi menerima dirinya sebagai menantu.
Dia cuma mampu berdoa agar satu saat nanti Tengku Mariah akan menerima dirinya dan anak anak. Dia tahu Tengku Noah akan berkeras memilih diri isterinya jua, cuma dia tidak mahu menjadi batu penghalang hubungan kedua ibu dan anak. Sekarang pun Tengku Noah tidak pernah ke istana semenjak mereka bersama semula. Dia risau jika bondanya menganggap dirinya penyebab anaknya berubah. Sedangkan Tengku Noah sendiri yang enggan ke sana.
Dia ingin menasihati Tengku Noah tetapi dia juga takut bimbang lelaki itu naik angin.
Satu segmen pertanyaan awam menerusi panggilan telefon sedang berjalan. Seorang pemanggil wanita telah menghubungi dan katanya ingin bertanyakan soalan kepada Permaisuri Tengku Mariah.
Tengku Mariah mengangguk membenarkan.
" Tuanku Permaisuri, apakah komen mengenai anak yang berkahwin tanpa restu kita dan bagaimana kita ingin menerima mereka tanpa rasa marah?"
Seolah olah terpukul dengan soalan itu, Tengku Mariah mengerut dahi sedikit. Dia mendiamkan diri. Satu studio juga terdiam sepi, kerana tidak menyangka soalan sensitif itu dilontarkan secara live di TV, apantah lagi tak lama dulu konflik dalaman keluarga diraja ini telah berlaku, dan satu Genevia mengetahui tentang hubungan perkahwinan rahsia Putera Mahkota yang tak direstui Permaisuri.
" Beta tiada jawapan untuk soalan itu.." ringkas jawapan Tengku Mariah.
"... tapi jika netizen ingin mengetahui konflik sebenarnya yang berlaku tidak lama dahulu, sebagai menjawab soalan ini, beta masih tidak merestui perkahwinan anak sulung beta Putera Mahkota Tengku Noah Mikael dengan wanita pilihannya. Beta tidak merestui malah beta tidak akan menerima mereka langsung sampai beta mati. Kerana mereka lah Tengku Noah tidak pernah pulang ke istana, dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak."
Alat kawalan jauh televisyen yang dipegang Atisha tanpa sedar terjatuh dari tangannya. Suasana hening seketika. Bunyi kata kata Tengku Mariah yang seterusnya tidak lagi masuk ke dalam telinga. Dia seperti kaku sebentar.
Bergenang air mata Atisha mendengar kata kata Tengku Mariah yang menikam jiwa serta raganya. Jikalau begitu, sampai bila bila lah dia akan dianggap batu penghalang hubungan kedua duanya. Sampai bila bila keduanya tidak akan berbaik semula. Semua kerana cinta Tengku Noah kepadanya, yang hanya berstatus rakyat kebanyakan sahaja.
Atisha memegang dadanya yang terlalu sakit. Susah baginya untuk melawan, kerana itu ibu kandung suaminya, Permaisuri Negara. Figura yang begitu dihormati oleh semua orang. Dia hanya wanita kerdil.
Ya Allah kenapa begini yang aku harus hadapi? Andai sampai satu saat dimana suamiku Tengku Noah perlu memilih, adakah aku masih juga yang akan dipilih oleh dia?
Wahai hati, kuatlah. Demi anak anak.
——————————————————————
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...