17

14.9K 431 7
                                        

I would never fall in love until I found her

Terbit rasa kasihan dihati Dr Zahlia pada Atisha. Melihat tubuhnya yang penuh lebam, dia tahu wanita ini dihadapannya melalui penderitaan yang dahsyat. Dia mengeluh sedikit.

Atisha yang sedang nyenyak tidur itu dipandang sayu. Dia kenal akan figura wanita ini. Seorang doktor pelatih yang bijak dan hebat. Namun segalanya dimusnahkan demi memenuhi kehendak Tengku Noah, iaitu dijadikan isteri kepada lelaki dingin itu. Ya Dr Zahlia tahu setelah Tengku Noah akhirnya berterus terang tentang status Atisha. Dan dia sendiri juga sudah berjanji akan merahsiakan berita perkahwinan itu.

Tetapi apabila Atisha meminta tolong tentang hal ubat perancang itu, dia tahu sesuatu yang tak kena berlaku dalam rumah tangga mereka. Kerana itu, dia sudi menolong memberikan pil tersebut.

Dr Zahlia akhirnya keluar menuju ke arah Tengku Noah yang sedang berpeluk tubuh di luar kamar.

" Tuanku, we need to talk."

Tengku Noah mengangkat kening. " Okay, then talk."

Dr Zahlia menghela nafas. Dia kena mencari jalan terbaik untuk menegurnya.

" Now i talk to you not as a doctor, but as a sister and a friend. Noah, lepas ni kau jangan buat macam ni kat Atisha. Dia lemah selemah lemahnya sekarang. Dia tak ada sesiapa pun melainkan kau suaminya. Tugas kau patut melindungi dia, bukan kau tambah lagi masalah dia. Kau pukul dia, kau cederakan dia. Oh jangan cakap aku tak tahu, aku ni doktor, aku tahu kesan jatuh dengan kesan dipukul macam mana."

" Kau sekat kerjaya dia, social life dia, hidup dia, circle dia..kalau dia tak kuat, dia boleh gila tahu tak. Bahaya untuk diri kau juga kalau dia bertindak luar jangkaan, kau tu Putera Mahkota, Noah. Buatnya dia lari, kau juga yang susah. Dahlah korang nikah senyap senyap. Fikir lah sikit, jangan fikir baran kau tu je," ujar Dr Zahlia panjang lebar sambil menggelengkan kepala. Hilang formalitinya dengan si Putera Mahkota ini. Ikutkan hati nak sahaja dilepuk dengan kasut.

Tengku Noah terdiam. Diraup mukanya kemudian mengeluh. Kedengaran hembusan nafasnya yang panjang.

" Ya memang aku yang salah."

" Fix your action back Tengku Noah Mikael. Jangan buat dia macam tu. She is human, she is your wife, not your slave."

Tengku Noah mengangguk. Ya, dia akan cuba berubah. Demi Atisha. Gadis yang dia cintai.

——————————————————————————-

Luka luka dibadannya sudah sembuh sepenuhnya. Seminggu dia berehat di atas katil atas arahan suaminya, dan dia tidak berani membantah. Ketakutan masih menguasai walaupun sejak akhir akhir ini Tengku Noah bersikap baik dan lembut terhadapnya.

Dia masih berprasangka, lembut suaminya ada maknanya.

Tetapi sikap lembut itu mula membuka sedikit demi sedikit hati wanitanya. Tersentuh kadang kadang melihat Tengku Noah akan menemaninya makan dan membantu membersihkan diri walau dia penat pulang dari bekerja. Tidak terkeluar sedikit pun keluhan dari mulutnya apabila bersama Atisha. Dan yang paling menghairankan sebenarnya, Tengku Noah langsung tidak meminta Atisha tentang hak batinnya itu.

Malahan setiap malam ketika Atisha hampir lena, dia sering mendengar ucapan maaf. Kedengaran sangat ikhlas dan jujur dari hatinya. Cuma, kenapa dia bersikap begitu kejam padanya sebelum ini? Itu yang menghalang Atisha dari memberikan hati sepenuhnya pada Tengku Noah.

Atisha sudah boleh berjalan dengan baik. Namun dia tidak berani lagi untuk ke taman bunga di halaman belakang, bimbang bertemu dengan lelaki itu lagi. Dia juga tidak bertanyakan kepada MakSom, tidak mahu wanita paruh baya itu serba salah.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang