I would never fall in love until I found her
Atisha..Atisha..
Berani kau lari lagi kali ini dari aku..
Kenapa kau lari sayang..kau kan tahu aku akan kejar kau sampai aku jumpa kau semula..
But this is the game you want right? You already push the button first.
So alright sweetheart, we will play together.
Lari lah Atisha..lari lah sayang..
Kerana jika aku berjumpa kau lagi, kau pasti akan dihukum dengan hukuman paling berat yang aku akan bagi..
I love chasing..especially when its you, cutie.
Till we meet again my wife.
Atisha tersedar dari lena sejurus guruh berdentum kuat. Dia memandang ke tingkap yang sudah dibasahi air hujan. Sejenak baru dia tersedar dirinya dimana sekarang.
Dia teringat kata kata Tengku Noah dalam mimpinya sebentar tadi. Terngiang ngiang rasa di telinga biarpun hanya mimpi sahaja.
Adakah benar perbuatan dia kali ini? Melarikan diri adalah keputusannya yang tidak silap kan? Bagaimana dengan Luke? Dia baik baik sahaja kan?
Atisha tahu sudah terlambat kali ini untuk dia berpatah balik. Dan dia memang tidak mahu untuk kembali ke mansion itu semula. Demi menghargai usaha Luke dan Mak Som yang betul betul membantunya untuk keluar dari neraka itu, dia sanggup menyembunyikan diri. Dia akan kekal low profile. Dia tidak mahu menarik perhatian sesiapa.
Sehingga Tengku Noah sendiri yang melepaskannya.
——————————————————
Bau masakan dan bunyi kelentang kelentung menyedarkan Atisha. Pertama kali, dia bangun dengan aman, tanpa rasa takut. Bau wangian bilik itu juga menenangkan jiwa dan mindanya.
Tiada rasa takut yang mencengkam seperti hari hari sebelumnya.
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh, Atisha perlahan lahan berjengket keluar menuju ke dapur. Dilihat gadis berambut hitam panjang mengurai sedang melakukan sesuatu di hadapan kuali.
Semalam dia tidak sempat berbual panjang dek kerana keletihan yang amat. Pahanya dan kakinya yang tercedera juga berdenyut denyut sakit. Mujur lukanya sudah semakin baik.
Menurut Luke, Tengku Noah menembak kakinya menggunakan peluru getah, mungkin sebab itu lukanya tidak terlalu dalam tetapi lebamnya memang ketara.
Mungkin terdengar bunyi tapak kaki Atisha,gadis berambut panjang itu memusingkan tubuhnya. Senyuman diberikan terhadap Atisha. Suaranya juga kedengaran ceria.
" Hai awak, dah bangun? Meh duduk, kita sarapan sama sama ye," ujar gadis itu sambil mengangkat kualinya sedikit dan memindahkan isi kandungan ke dalam sebuah mangkuk besar.
Lincah kerja kerjanya. Sekejap sahaja sudah siap.
Nasi goreng ikan bilis lada. Sedapnya. Atisha terasa kecur air liur.
" Haha makan lah Tisha..nah sepinggan untuk awak," pelawa gadis itu ramah.
Atisha mengangguk dan memberikan senyuman.
" Terima kasih." Ucap Atisha ikhlas. Alhamdulillah masih ada insan yang begitu baik tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Gadis itu membalas senyuman Atisha sambil mengambil pinggan dan mencedok nasi ke dalam pinggan itu.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...