46

11.6K 394 7
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Mariah terkejut.

" Eiman?" Panggil Tengku Mariah dengan nada sedikit menekan.

" Kenapa? Dah memang betul kan?" Soal Tengku Eiman sinis.

Tengku Mariah terdiam.

" Eiman hairan kenapa bonda benci betul dengan Atisha, rupanya salah satu sebab dia adalah anak Aunty Rose kan?"

" Kau diam Eiman. Kau tak tahu apa apa jangan banyak soal."

Eiman memeluk tubuh sambil menjungkit kening. "Eiman akan siasat kali ini. Kalau bonda tak nak bagitahu. Eiman sendiri yang akan cari."

Tengku Mariah hanya menghela nafas sebentar. Dia kelihatan resah.

" Eiman, kadang kala takdir itu dah tercipta untuk kita lalui, kita tiada kuasa nak ubah. Nak tak nak kita kena hadap juga, walau di akhirnya kita yang nampak salah." Sepatah Tengku Mariah berkata sambil berjalan keluar dari bilik.

" And Eiman, bonda minta kamu tolong jangan buat apa apa tindakan untuk ini. Bahaya untuk kamu."
Ujar Tengku Mariah sebelum pintu ditutup meninggalkann Tengku Eiman yang kelihatan terpana bercampur bingung.

——————————————————-

Tengku Noah berjalan ke bilik kerja peribadi ayahandanya dengan seribu satu rasa. Dia tahu apa yang Tengku Raden ingin tahu. Dia bersedia.

Sebentar lagi dia akan ke penthouse Tengku Hayden untuk mengambil isteri dan anak kembarnya. Degil betul ye Atisha Humaira Arash Hamizan tu.

Deringan telefon menghentikan langkah Tengku Noah.

Segera dia mengangkatnya.

" Hello, ya..okay..tak apa.. biarkan..aku nak tengok setakat mana. Cukup masa aku sendiri yang akan ambil dia. Stick pada our plan."

Dan telefon itu dimatikan semula.

"Tch..Tisha..Tisha..comel je bila memberontak macam ni. Dah jadi mak orang padahal ,"gumam Tengku Noah perlahan. Tanpa sedar dia tersenyum.

Atisha ni lupa ke suaminya itu Putera Mahkota.

Sampai sahaja di bilik kerja ayahandanya, pengawal membukakan pintu dan Tengku Noah melangkah masuk ke dalam.

Ayahandanya sedang menulis sesuatu di atas meja. Sebaik sahaja melihat Tengku Noah, Tengku Raden menghentikan segala perbuatannya.

" Duduk dulu Noah."

Tengku Noah menarik kerusi di hadapannya dan terus duduk.

" Ada apa ayahanda?"

Suasana hening seketika. Tengku Raden seolah tidak beriak. Sukar untuk Tengku Noah meneka apa yang tersirat.

"Ayahanda rasa kamu tahu apa yang ayahanda ingin katakan ini Noah." Ringkas bicara Raja Tengku Raden. Tengku Noah mewarisi sikap Tengku Raden yang dingin. Namun Tengku Noah lebih kelihatan dominan, mungkin kerana wajahnya yang selalu serius.

Tengku Noah mendiamkan diri. Ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya.

" Luah saja lah ayahanda. Noah nak tahu apa sebenarnya." Jawap Tengku Noah, rawak.

" Kamu bahagia Noah?"

Tengku Noah terdiam. Soalan yang senang, namun memang sukar sungguh untuk dijawab.

Bahagia? Apa erti bahagia yang dia tahu?

Dia hanya berasa bahagia apabila Atisha sah menjadi isterinya. Itu makna bahagia sebenar untuknya.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now